Skip to main content

Singapura

Mahkamah SAF tegakkan tempoh tahanan 2 minggu terhadap bekas master sarjan yang sembunyikan peluru kosong

Mahkamah Tentera pada Khamis (22 Ogos) menolak rayuan untuk melanjutkan tempoh penahanan seorang bekas askar sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) setelah dia menyimpan dan menyembunyikan 50 peluru kosong selepas satu latihan pada Jun 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah SAF tegakkan tempoh tahanan 2 minggu terhadap bekas master sarjan yang sembunyikan peluru kosong

Gambar fail. (Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 11:00PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 11:02PM

SINGAPURA: Mahkamah Tentera pada Khamis (22 Ogos) menolak rayuan untuk melanjutkan tempoh penahanan seorang bekas askar sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) setelah dia menyimpan dan menyembunyikan 50 peluru kosong selepas satu latihan pada Jun 2017.

Master Sarjan Chia Shu Sheng menyimpan peluru-peluru kosong itu di dalam kabinet besi di pejabatnya di Kem Keat Hong meskipun tahu semua peluru itu sepatutnya dipulangkan kepada SAF.

Pada November tahun itu, Chia diberitahu bahawa anggota-anggota polis tentera akan melakukan serbuan di kemnya. Menurut mahkamah, dia kemudian menyembunyikan peluru-peluru kosong itu di siling pejabatnya agar tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, anggota-anggota polis tentera akhirnya menemui peluru-peluru kosong itu dalam satu serbuan pada Februari tahun lalu.

Pada 27 Disember lalu, Chia mengaku bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan harta milik SAF dan dia dijatuhi hukuman tahanan selama dua minggu oleh Mahkamah Besar Tentera.

Pihak pendakwa raya meminta agar Chia dikenakan hukuman tahanan selama empat bulan sambil mengatakan tertuduh, kini berusia 35 tahun, adalah seorang askar berpangkat tinggi yang merupakan seorang master sarjan dan dia dengan "sengaja dan aktif" menyembunyikan peluru kosong tersebut.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan Tentera menolak rayuan berkenaan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita