Mahkamah rayuan tolak tawaran SDP untuk pertikai keputusan cabaran POFMA
Anggaran Waktu Membaca:

Mahkamah Tinggi di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP)dinafikan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA).
Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Isnin (25 Jul), Mahkamah Rayuan menolak semua hujah-hujah SDP.
SDP diarah membayar Peguam Negara kos guaman sebanyak S$6,000.
Kes tersebut berhubung kait dengan satu arahan pembetulan POFMA yang dikeluarkan terhadap SDP pada 4 Julai semasa kempen Pilihan Raya Umum dalam satu hantaran Facebook bertajuk "10 juta penduduk".

Hakim Woo Bih Li sebelum ini menolak cabaran SDP terhadap perintah POFMA selepas mendapati bahawa parti itu "mungkin sudah tahu" bahawa kepadatan yang dirujuk oleh Dr Cheong tidak boleh digunakan untuk keseluruhan kawasan tanah Singapura.
Pada Jumaat (22 Jul), panel dua hakim yang terdiri daripada Hakim Tay Yong Kwang dan Hakim Steven Chong menolak hujah SDP bahawa "kebenaran untuk merayu lazimnya diberikan dalam kes POFMA".
Mereka menyatakan bahawa kebenaran untuk merayu hanya akan diberikan jika satu ataupun lebih alasan rayuan mantap dinyatakan: Kes ralat, persoalan prinsip umum yang diputuskan buat kali pertama atau persoalan kepentingan yang akan mendapat manfaat daripada hujah dan keputusan selanjutnya.
Mereka menolak dakwaan SDP bahawa rayuan itu akan menimbulkan empat persoalan prinsip umum atau kepentingan yang dikenal pasti oleh parti itu.
SDP berhujah bahawa apabila pernyataan subjek adalah pernyataan yang dilaporkan, mahkamah harus mempertimbangkan sama ada pernyataan asal dan pernyataan yang dilaporkan "secara munasabah boleh bermaksud pekara yang sama".
SDP berhujah bahawa "kehidupan penduduk" dalam kenyataan Dr Cheong dan "kepadatan penduduk" dalam penyataan subjek arahan POFMA mungkin secara munasabah dianggap bermaksud perkara yang sama.
Namun, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa pertimbangan itu tidak wajar dan kenyataan SDP yang mendakwa untuk melaporkan apa yang dikatakan oleh Dr Cheong "dilihat secara objektif, palsu atau mengelirukan.
Mahkamah mendapati bahawa tidak ada penjelasan lanjut mengenai rangka kerja lima langkah diperlukan.
Rangka kerja itu boleh digunakan untuk menentukan sama ada kenyataan yang dilaporkan adalah pernyataan palsu.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.