Mahkamah Rayuan tolak permohonan saat terakhir pengedar ganja dihukum mati
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Mediacorp.
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan pada Selasa (25 Apr) menolak permohonan oleh seorang pengedar ganja untuk menyemak semula kesnya, sehari sebelum pesalah yang dihukum mati itu dijadual menjalani hukuman tersebut.
Hakim Mahkamah Rayuan Steven Chong menolak percubaan Tangaraju Suppiah untuk menyemak permohonannya, dan bagi hukumannya ditangguhkan.
Rakyat Singapura berusia 46 tahun itu menerima sokongan daripada hartawan Britain Richard Branson yang mendakwa sabitan kesalahannya tidak memenuhi piawaian dan "Singapura mungkin bakal membunuh lelaki yang tidak berdosa".
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa komen Encik Branson "tidak menunjukkan rasa hormat" terhadap hakim dan sistem keadilan jenayah negara ini.
Dalam keputusannya setebal 15 muka surat, Hakim Chong menjelaskan bahawa Tangaraju gagal mengemukakan asas yang sah kepada mahkamah untuk menyemak kesnya.
"Tidak ada asas untuk mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk membuka semula rayuan jenayah yang sudahpun mencapai kesimpulannya," kata beliau. "Oleh itu, permohonan ini ditolak tanpa dibicarakan."
Tangaraju disabit kesalahan pada Oktober 2018 oleh hakim Mahkamah Tinggi dan dijatuhi hukuman mati atas kesalahan bersubahat dengan rakannya untuk mengedar ganja.
Ini dilakukan dengan mengirimkan sekitar 1 kilogram (kg) ganja kepada dirinya sendiri, iaitu satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Tangaraju dihukum mati selepas gagal memenuhi sebarang kriteria yang boleh membebaskannya daripada hukuman mati.
Dia kemudian mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukumannya, tetapi ia ditolak pada Ogos 2019, dengan mahkamah bersetuju bahawa Tangaraju bersubahat untuk mengedar ganja, dan bahawa dia menggunakan telefon untuk berhubung dengan rakan subahatnya, Mogan Valo.
Tangaraju memfailkan usul jenayah pada November 2022 dengan keizinan untuk memohon supaya permohonan yang sudah mencapai kesimpulannya disemak semula.
Mahkamah juga menolak rayuannya pada Februari 2023.
Dalam permohonan terbarunya, Tangaraju, yang tidak diwakili peguam, menegaskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa dia dan Mogan mempunyai perjanjian untuk mengedar ganja seberat 1017.9g.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.