Mahkamah Rayuan tolak permohonan pendera amah Myanmar kemukakan bukti baru
(Gambar: Facebook/Helping Hands for Migrant Workers, Singapore and Nisha Karyn)
SINGAPURA: Gaiyathiri Murugayan, yang dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun pada tahun lalu kerana membunuh pembantu rumahnya, gagal dalam permohonannya pada Rabu (4 Mei) untuk mendapatkan rekod lanjut bagi menyokong rayuan terhadap hukumannya.
Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dan keizinan untuk mengemukakannya sebagai bukti baru dengan memutuskan bahawa ia tidak relevan untuk rayuannya.
Rayuan Gaiyathiri terhadap hukuman bagi jenayahnya masih belum lagi didengar.
Bukti baru itu termasuk rekod kiriman mesej WhatsApp antara Gaiyathiri dengan waris mangsa yang kononnya mendakwa bahawa keluarga mangsa sudah memaafkannya.
Gaiyathiri juga meminta izin untuk memperkenalkan laporan pakar psikiatri.
Semasa menyampaikan penghakimannya bagi pihak panel seramai tiga hakim, Hakim Andrew Phang menolak bulat-bulat rayuan itu, sambil menegaskan bahawa tiada asas undang-undang untuk pihak mahkamah memerintahkan pendedahan bahan-bahan tambahan itu, yang tidak berkaitan dengan sebarang rayuan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.