Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman terhadap lelaki yang kelar ketua sindiket rokok sehingga maut
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat (11 Nov) mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes lelaki yang dipenjara dan dirotan kerana mengelar ketua sindiket rokok haram , yang kemudiannya meninggal dunia.
Warga Bangladesh, Miya Manik, 33 tahun, dibicarakan di mahkamah atas kesalahan membunuh tetapi dibebaskan pada akhir perbicaraan. Dia sebaliknya didapati bersalah atas kesalahan lebih ringan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau cincang daging.
Kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Agung.
Pihak pendakwa membuat rayuan agar Manik disabitkan kesalahan membunuh dengan niat bersama, sementara pihak pembela merayu hukuman yang lebih ringan.
Mangsa, Encik Munshi Abdur Rahim, meninggal dunia pada 2016 akibat pergaduhan antara dua sindiket rokok haram.

Ketika menyampaikan penghakiman pada Jumaat (11 Nov), Hakim Tay Yong Kwang berkata tindakan hakim perbicaraan membebaskan Manik daripada tuduhan membunuh adalah betul.
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Manik adalah orang yang menyebabkan kecederaan maut itu.
Hakim Tay yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Besar Sundaresh Menon, dan Hakim Steven Chong, bersetuju dengan pendekatan hakim perbicaraan yang "wajar".

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.