Mahkamah mungkin tidak boleh putuskan kepalsuan 'dalam tempoh beberapa jam' sahaja
Mahkamah mungkin tidak selalunya boleh membuat keputusan berkenaan berita palsu yang didakwa "dalam tempoh beberapa jam", menurut Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, pada Rabu (8 Mei).

Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.
SINGAPURA: Mahkamah mungkin tidak selalunya boleh membuat keputusan berkenaan berita palsu yang didakwa "dalam tempoh beberapa jam", menurut Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, pada Rabu (8 Mei).
Beliau berkata demikian sebagai menjawab hujah Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh. Kedua-duanya berbahas mengenai Saranan 12 dalam laporan oleh Jawatankuasa Pilihan bagi Kepalsuan Online Disengajakan, yang menetapkan bahawa
"Pemerintah sepatutnya mempunyai kuasa untuk menghalang dengan cepat penularan dan pengaruh kepalsuan online".
Encik Singh meminta agar mahkamah-mahkamah menjadi pemutus bagi kes-kes sedemikian, dan bukan para menteri. Ini menyusuli bantahan WP pada Selasa terhadap Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi. Ini berdasarkan syarat bahawa pihak Eksekutif tidak sepatutnya menjadi pembuat keputusan pertama berhubung apa yang dianggap kenyataan-kenyataan palsu.
Encik Singh, yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan bersama-sama Encik Shanmugam dan lapan orang lain berkata: "Saya menyokongnya (laporan Jawatankuasa Pilihan).
Bagaimanapun satu respons cepat boleh dilihat, boleh difahami, menerusi pembuat keputusan yang lain, terutamanya badan kehakiman.
Menukil peningkatan kepada Akta Perlindungan daripada Gangguan atau POHA yang memudahkan dan mempercepatkan mereka untuk mendapat huraian, termasuk menubuhkan Mahkamah POHA untuk membicarakan semua hal-hal yang berkaitan POHA dengan prosedur-prosedur yang disesuaikan, Encik Singh percaya bahawa kes-kes yang berkaitan dengan POFMA boleh ditangani dengan cara yang sama.
Bagaimanapun, Encik Shanmugam menukil satu butiran dalam Saranan 12, yang menetapkan bahawa ukuran dalam perundangan "perlu meraih matlamat menghalang menjadi tular secara berkesan, dalam tempoh beberapa jam saja".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.