Mahkamah Koroner: Lelaki 65 tahun meninggal dunia selepas bedah tulang belakang, tiada bukti akibat vaksin COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Negara Singapura. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun dengan pelbagai penyakit kronik meninggal dunia selepas saluran pernafasannya tersumbat berikutan pembedahan pada tulang belakangnya.
Dia telah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 10 hari sebelum pembedahannya, tetapi tiada bukti vaksin itu menyebabkan atau menyumbang kepada kematiannya, menurut mahkamah koroner.
Isu vaksin telah dibangkitkan di mahkamah oleh anak perempuan lelaki tersebut.
Berdasarkan dapatan yang didedahkan pada Selasa (29 Jul), Koroner Negara Adam Nakhoda memutuskan kematian Encik Lee Yong Chuan Edwin sebagai satu peristiwa perubatan yang malang.
Menurut dapatan yang didedahkan itu, Encik Lee meninggal dunia pada 29 Mei 2021 di Hospital Mount Elizabeth.
Dia mempunyai beberapa keadaan perubatan kronik, termasuk kemurungan dan serangan panik, penyakit jantung iskemia, hipertensi, penyakit arteri koronari dan barah pankreas.
Dia telah menjalani 'resection Whipple' - prosedur untuk merawat tumor dan keadaan pankreas yang lain - di Hospital Mount Elizabeth pada 2009 untuk barah itu, dan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi susulan.
Koroner mendapati borang persetujuan untuk prosedur itu "sangat komprehensif" dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa risikonya tidak dimaklumkan kepada Encik Lee.
Encik Lee menerima penjelasan itu atas kerelaannya sendiri dan memilih untuk meneruskan prosedur tersebut, menurut koroner.
Beliau menambah, tiada bukti yang menunjukkan bahawa suntikan vaksin COVID-19 menjadikan Encik Lee tidak sesuai untuk menjalani prosedur itu.
Koroner tidak mengesan sebarang perbuatan khianat dalam kematian Encik Lee dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.