Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah keluarkan perintah terhadap Fashion Interative kerana perdaya untuk langganan berulang

Peniagaan runcit online Fashion Interactive diperintah Mahkamah Negara supaya menghentikan amalan-amalan perdagangan tidak adil, setelah ia didapati memperdaya para pelanggan untuk berdaftar bagi langganan berulang di laman beli-belah kasut myglamorous.sg.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah keluarkan perintah terhadap Fashion Interative kerana perdaya untuk langganan berulang

Petikan gambar daripada myglamorous.sg.

Diterbitkan : 17 Jan 2020 11:04PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 11:07PM

SINGAPURA: Peniagaan runcit online Fashion Interactive diperintah Mahkamah Negara supaya menghentikan amalan-amalan perdagangan tidak adil, setelah ia didapati memperdaya para pelanggan untuk berdaftar bagi langganan berulang di laman beli-belah kasut myglamorous.sg.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat (17 Jan), Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menyatakan bahawa ia sudah membuat permohonan kepada Mahkamah Negara pada 28 Nov untuk memohon injunksi terhadap Fashion Interactive dan pengarah syarikat itu, Magaud Olivier Georges Albert, untuk menghentikan mereka daripada melaksanakan amalan yang dikenali sebagai "perangkap langganan".

Satu perangkap langganan lazimnya memperdaya para pelanggan untuk berdaftar bagi langganan berulang dengan memberikan para pelanggan tanggapan bahawa mereka hanya membuat pembelian sekali bagi barangan dan/atau perkhidmatan. Sekiranya para pelanggan tidak membatalkan langganan, lazimnya dalam tempoh tangguh, mereka akan dikenakan bayaran berulang.

Para pelanggan yang berdaftar dari myglamorous.sg secara automatik didaftar dalam program keahlian VIP setelah membuat pembelian, tanpa pengetahuan mereka. Mereka yang tidak membatalkan langganan kemudian akan dikenakan yuran bulanan sebanyak S$59.95.

Perintah mahkamah itu "melarang Fashion Interactive, sama ada para pengarahnya, ejen-ejen, para pekerja atau sebagainya, daripada memperdaya para pelanggan untuk berdaftar dan/atau meneruskan langganan yang memerlukan bayaran atau bayaran berulang," menurut CCCS.

Ia juga melarang Encik Magaud daripada bersubahat dengan peruncit tersebut untuk memperdaya para pelanggan bagi melakukan perkara serupa.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan