Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahkamah benarkan pengasas Healing the Divide dapatkan rawatan barah alternatif

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah daerah membenarkan permohonan Iris Koh, pengasas kumpulan berkontroversi yang menentang vaksinasi, iaitu Healing the Divide, untuk keluar negara ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan perubatan alternatif bagi barah tiroid.

Hari ini (23 Jun) Hakim Daerah, Ng Peng Hong mengenakan wang jaminan tambahan sebanyak S$30,000 bagi perjalanannya ke bandar Melaka untuk mendapatkan pendapat kedua daripada doktor di sana.
Wanita 46 tahun itu akan meninggalkan Singapura esok (24 Jun) dan kembali pada 17 Julai, sehari sebelum kesnya didengar sekali lagi di mahkamah, kata peguam belanya, Wee Pan Lee.

Dia didiagnosis sejurus selepas didakwa pada Januari atas kesalahan bersubahat menipu Kementerian Kesihatan (MOH) dengan laporan palsu vaksinasi COVID-19.

Dia dilepaskan dengan ikat jamin S$20,000 sejak 4 Februari. Semua tertuduh yang diikat jamin harus mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk meninggalkan negara.

Koh membuat permohonan perjalanan pada Jumaat lalu (17 Jun) melalui peguam belanya dan mengatakan bahawa dia ingin ke Malaysia selama sebulan.

Namun, kes itu ditangguhkan ke hari ini (23 Jun) selepas Hakim Daerah, Ng dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jiang Ke-Yue, meminta butiran lanjut mengenai jenis rawatan yang dicadangkan.

Hari ini, peguam bela Koh, Encik Wee, berkata rancangan anak guamnya sudah berubah.

Koh yang sebelum ini mahu melakukan perjalanan ke dua institut perubatan di Malaysia - Melaka dan negeri barat Malaysia, Negeri Sembilan - kini merancang untuk ke Melaka sahaja.

Encik Wee meminta kebenaran untuk Koh pergi ke Melaka untuk menilai sama ada dia sesuai untuk mendapatkan pelan rawatan alternatif.

Hakim Daerah, Ng, akhirnya memutuskan untuk mengenakan jaminan tambahan S$30,000 yang boleh diberikan oleh penjamin yang lain.

Beliau juga memberi syarat berikut untuk Koh patuhi:

1) Berikan jadual perjalanan yang lengkap sebelum melakukan perjalanan
2) Kekal boleh dihubungi oleh pegawai siasatan
3) Berikan butiran penuh mengenai tempat penginapan di Malaysia serta nombor telefonnya ketika di sana kepada pegawai siasatan
4) Berikan dokumen-dokumen sokongan mengenai rawatan alternatif dan menyerahkan pasport kepada pihak berkuasa setibanya dia ke Singapura.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan