Mahkamah arah Triple Lifestyle Marketing hentikan amalan tidak adil, termasuk dakwa air alkali cegah barah, kencing manis
SINGAPURA: Sebuah syarikat penapisan air diberi arahan oleh mahkamah untuk berhenti membuat dakwaan palsu, termasuk air alkali mencegah penyakit seperti barah, kencing manis dan sakit pinggang kronik.
Antara Januari 2018 hingga Oktober 2022, Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima 469 aduan mengenai Triple Lifestyle Marketing, yang membekalkan dispenser air, sistem penapisan air alkali dan pakej khidmat penyenggaraan.
Dalam kebanyakan kes, setiap pakej bernilai sekitar S$3,000 dan termasuk sistem penapisan, dispenser, penggantian alat penapis air berkala dan khidmat penyenggaraan semasa tempoh jaminan.
Penguasa itu meminta Mahkamah Negara mendedahkan dapatan bahawa syarikat itu terlibat dalam amalan-amalan tidak adil, seperti membuat dakwaan palsu dan mengelirukan pelanggan.
Ia juga meminta agar mahkamah mengeluarkan arahan injunksi untuk mencegah Tan daripada membantu atau membenarkan Triple Lifestyle Marketing melibatkan diri dalam amalan tidak adil.
Kedua-dua arahan itu diluluskan mahkamah. Syarikat berkenaan dan Tan gagal tampil bagi prosiding mahkamah, menurut CCCS pada Selasa (28 Mac).
Syarikat itu dan pengarahnya diberi arahan supaya mengeluarkan notis awam satu muka surat dengan maklumat mengenai arahan mahkamah di akhbar Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu sebelum Rabu (28 Mac).
Jika mereka gagal berbuat demikian, CCCS boleh mengeluarkan notis dalam mana-mana akhbar tersebut dan menuntut kosnya daripada syarikat tersebut atau Tan.
Mereka juga harus mengeluarkan perincian mengenai arahan mahkamah di mana-mana wadah pemasarannya,selama tiga tahun seperti di akaun media sosial.
Tan juga dikehendaki mengeluarkan perincian mengenai arahan mahkamah terhadapnya di mana-mana platform yang digunakan atau perniagaan-perniagaan yang mengiklankan barangan dan khidmat Triple Lifestyle Marketing.
Selama tempoh tiga tahun akan datang, syarikat itu dikehendaki memaklumkan pelanggan secara bertulis mengenai arahan mahkamah dan medaptkan pengiktirafan bertulis pelanggan sebelum menandatangani kontrak.
Syarikat itu dan pengarahnya juga diberi arahan untuk membayar kos prosiding mahkamah sebanyak S$12,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.