Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahasiswa universiti rakam video adakan hubungan seks tanpa kebenaran pasangan

Anggaran Waktu Membaca:
Mahasiswa universiti rakam video adakan hubungan seks tanpa kebenaran pasangan

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 25 Oct 2022 06:52PM Dikemas Kini : 07 Feb 2023 05:36PM

SINGAPURA: Seorang mahasiswa universiti tempatan merakam dirinya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang dijumpainya menerusi melalui aplikasi sembang Tinder, tanpa kebenaran.

Mahasiswa itu, yang tidak boleh didedahkan namanya atas perintah mahkamah, mengaku bersalah pada Selasa (25 Okt) atas dua tuduhan merakam video intim tanpa kebenaran. Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa dia bertemu dengan seorang wanita yang berusia 18 tahun, menerusi aplikasi 'dating' Tinder pada Oktober 2020.

Pada 23 Oktober 2020, mangsa pergi ke asrama universiti di mana dia tinggal dan mereka mengadakan hubungan seks.

Mangsa menyedari kamera telefon mahasiwa berkenaan menghadap mereka. Namun, dia berkata dia tidak merakam mereka.

Dia kemudiannya, bertemu dengan seorang lagi wanita, yang merupakan seorang pelajar berusia 20 tahun, menerusi Tinder. Pelajar itu bertemu dengan mahasiswa berkenaan di kediamannya untuk mengadakan hubungan seks sekitar sebelum 15 November 2020.

Tanpa kebenaran wanita itu, dia merakam mereka. Pada 15 November 2020, dia pergi ke kediaman mangsa pula dan mengadakan hubungan seks dengannya. Dia juga merakam aksi mereka tanpa kebenaran mangsa.

Dokumen mahkamah tidak memberi perincian bagaimana kes tersebut dibangkitkan.

Pada Selasa (25 Okt), Hakim menggesa bagi laporan kesesuaian mandatori dan menangguhkan tarikh menjatuhkan hukuman kepada Disember.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan