Mahasiswa NUS yang terbitkan sendiri siri podcast cerita seram, muncul juara pencarian bakat Mediacorp
Anggaran Waktu Membaca:
Pemenang 'Be A Podcastar', Genesis Lim (tengah) bersama barisan DJ Mediacorp. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Seorang mahasiswa Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Genesis Lim, 21 tahun, muncul sebagai juara pencarian bakat 'Be a Podcaster' yang diadakan buat pertama kali oleh Mediacorp.
Cik Lim mengalahkan sembilan peserta akhir lain selepas mengambil bahagian dalam tiga pusingan pertandingan.
Mediacorp pada Khamis (25 Jan) menyatakan Cik Lim berjaya menambat hati para juri dan pendengar dengan bakat penerbitan mahupun kandungan beliau yang berunsurkan cerita-cerita seram.
Cik Lim khususnya menang tempat pertama bagi podcast beliau yang bertajuk 'The Price for Eternal Beauty, A Spirit's Final Request and More' (Harga Kecantikan Abadi, Permintaan Terakhir Hantu dan Banyak Lagi). Penerbitan tersebut sebahagian daripada siri cerita seram yang dihasilkan sendiri - Hell’s Incroyables.
Seorang jurucakap Mediacorp berkata: "Secara keseluruhan, panel juri memuji Cik Lim kerana terus-menerus menunjukkan peningkatan pada setiap peringkat pertandingan, dari segi penerbitan mahupun kualiti penyampaian, serta keupayaan luar biasanya untuk menarik dan berinteraksi dengan para pendengar menerusi cerita-cerita hantu beliau."
Hadiah yang diterima Cik Lim termasuk wang tunai S$5,000 dan satu kontrak eksklusif podcast bersama Mediacorp.
Cik Lim, yang juga menang peralatan untuk menerbitkan podcast dan sebuah kerusi permainan (gaming chair), menang tipis selepas dicabar dua pesaing peringkat akhir. Setiap naib juara membawa pulang wang tunai S$200, peralatan menerbitkan podcast dan kerusi permainan Osim.
TENTANG PERTANDINGAN
Dilancarkan pada Jun tahun lalu, pertandingan tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda berusia antara 15 hingga 25 tahun dalam penerbitan podcast.
Tarikh tutup untuk menyerahkan permohonan pada awalnya ditetapkan pada 31 Ogos 2023. Mediacorp bagaimanapun mengumumkan pada 8 Ogos bahawa pihaknya akan melanjutkan tarikh akhir penyerahan kepada 30 Sep disebabkan "minat luar biasa daripada para peserta".
Satu kem juga dianjurkan pada 24 dan 25 Jun di Scape Mall, Orchard Road, demi membantu mereka yang berminat untuk membuat persiapan bagi pertandingan itu.
Ia menampilkan DJ 987 Sonia Chew, dan hos siri podcast 'Yah Lah But', Haresh Tilani.
Daripada kumpulan permohonan pertama yang diterima, 10 disenarai pendek dalam pusingan pertama, di mana para peserta perlu menerbitkan satu podcast untuk dimuat naik ke melisten dan Spotify.

Sumber : Today/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.