Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahasiswa NTU Syahmi Rohaizan tawar khidmat masak stik di rumah pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Encik Muhammad Syahmi Rohaizan, 24 tahun sering memasak stik untuk rakan-rakannya yang menginap di asrama Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

"Saya terfikir, mengapa tidak saya masakkan mereka stik daripada kami keluar makan," kongsi Encik Syahmi pada wartawan Haney Khairunnisa.

Dari situ timbul idea untuk memulakan perniagaan stik.

Mentelah lagi, Encik Syahmi ingin memanfaatkan pengalaman bekerja sambilan selama dua tahun di kedai penyediaan daging The Meatery.
Pengalaman tersebut dianggap aset yang berharga kerana beliau meraih banyak ilmu tentang pelbagai jenis daging.

Beliau melancarkan Dageng SG pada Disember 2022 yang menawarkan khidmat masak stik secara privet.

"Saya menawarkan pengalaman holistik, di mana selain daripada masak di rumah pelanggan, saya akan memberi sedikit 'crash course' mengenai stik yang saya hidangkan," kata Encik Syahmi.

Menurutnya beliau mendapat tempahan secara konsisten, iaitu sekurang-kurangnya lima pesanan setiap bulan.

Ia sesuatu yang lumayan bagi mahasiswa tahun ketiga jurusan sosiologi itu kerana perlu membahagikan masa antara perniagaan dan pengajian beliau.
"Cabaran terbesar bagi saya adalah mengimbangi masa dengan baik antara pembelajaran dan perniagaan, saya sedar bahawa saya harus memberi kepentingan kepada pelajaran saya.

"Selain itu, saya juga harus mempelajari kemahiran menguruskan perniagaan selama saya menjalani proses ini kerana ini kali pertama saya mempunyai perniagaan dan saya tidak banyak pengalaman mengurus sebuah perniagaan," kata beliau.

Beliau menggalakkan golongan muda untuk berani menjayakan idea mereka sekiranya mereka percaya dan pasti akan idea mereka.

Encik Syahmi percaya bahawa sesuatu idea hanya akan kekal sebagai idea jika ia tidak direalisasikan.

"Kita tidak akan tahu jika idea itu akan berjaya jika kita tidak lakukan apa-apa tetapi jika kita tidak lakukan apa-apa sudah tentu idea itu sudah gagal," luah Encik Syahmi.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan