Mahasiswa NTU dituduh edar ganja di kampus
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Calvin Oh/CNA
SINGAPURA: Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) didakwa mengedar ganja di kampus tersebut pada Oktober 2022.
Muhammad Izzat Mazlan, 25 tahun, dikatakan telah mengedar empat blok yang mengandungi sekurang-kurangnya 101.59 gram dadah terkawal Kelas A, yang juga dikenali sebagai marijuana atau 'weed'.
Dia melakukan demikian di pekarangan sebuah tempat meletak kereta di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa di NTU, pada sekitar 6.45 petang pada 20 Okt 2022, menurut kertas pertuduhannya.
Izzat berdepan dengan lapan tuduhan secara keseluruhannya berkaitan dadah, dengan kesemuanya didakwa dilakukan pada tarikh yang sama.
Kertas mahkamah menyatakan bahawa pihak pendakwa bersedia untuk mendengar rayuan Izzat semasa perbicaraannya pada Selasa (5 Dis), tetapi dia tidak mengemukakannya.
Selain mengedar ganja di tempat letak kereta NTU berkenaan, Izzat didakwa mempunyai sebuah penggiling, iaitu peralatan yang digunakan untuk mengambil dadah, pada waktu dan tempat yang sama.
Kertas pertuduhan menunjukkan bahawa selepas dia meninggalkan kampus tersebut, Izzat dipercayai telah pergi ke sebuah blok perumahan di Pasir Ris Drive 3, di mana dia didakwa melakukan kesalahan lain berkaitan dadah pada kira-kira 9.27 malam.
Ini termasuk mengedar lima bungkusan yang mengandungi sekurang-kurangnya 131.56 gram ganja, dan memiliki lebih banyak dadah terkawal Kelas A: pil 'Ecstasy' seberat kira-kira 1.59 gram secara keseluruhannya, dua paket bahan sayuran seberat sekurang-kurangnya 0.81 gram yang mengandungi derivatif cannabinol; dan setem yang mengandungi Lysergide, halusinogen yang biasa dikenali dengan nama LSD.
Izzat juga didakwa mengambil derivatif cannabinol, dan memiliki lebih banyak ganja pada 20 Okt. Kertas pertuduhan bagaimanapun tidak menyatakan tempat, di mana kesalahan berkenaan disyaki berlaku.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap NTU berkata bahawa mahasiswa yang didapati bersalah melakukan kegiatan jenayah akan dikenakan tindakan disiplin.
"Mahasiswa yang kesnya masih menunggu prosiding kehakiman, mungkin mendapati kes mereka disemak semula selepas keputusan mahkamah dibuat mengenai kes tersebut," tambah jurucakap itu. NTU menegaskan bahawa pihaknya "memandang serius" terhadap kelakuan sedemikian.
Universiti tersebut bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut, sambil menambah bahawa adalah tidak wajar untuk melakukan demikian memandangkan kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah.
Perbicaraan seterusnya bagi kes Izzat, yang merupakan persidangan praperbicaraan, dijangka berlangsung pada 19 Dis.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan beberapa hukuman di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Hukuman bagi kesalahan mengedar ganja membawa hukuman minimum penjara lima tahun dengan lima sebatan rotan dan hukuman maksimum penjara selama 20 tahun dengan 15 sebatan rotan.
Bagi kesalahan memiliki peralatan dadah, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan memiliki kanabis, LSD, derivatif cannabinol dan 'ecstasy', dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan mengambil derivatif cannabinol pula, Izzat boleh berdepan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, denda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.