Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mahasiswa NTU bincang perubahan iklim, sistem pendidikan & pekerjaan bersama Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Isu perubahan iklim serta sistem pendidikan dan peperiksaan di universiti tempatan. 

Itulah antara topik perbincangan yang diutarakan semasa sesi pertemuan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing bersama sekitar 10 mahasiswa dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pagi tadi (6 Mei). 

Sesi pendampingan tersebut juga sempena meraikan sambutan pertama Hari Raya, yang diadakan di kampus sejak pandemik COVID-19. 

Mahasiswi tahun 4 dalam Jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Hairawanie Hairudinsah berkata: "Antara perbincangannya juga adalah Menteri CCS menyarankan agar kita menurunkan penggunaan tenaga di dalam rumah dan juga mengongsi beberapa saranan untuk membahagikan masa sebagai ketua-ketua di universiti."

Mahasiswa tahun 3 dalam jurusan Sains Sosial, Muhd Amirul Abdullah pula berkata: "Sebagai seorang mahasiswa dalam kursus Sains Sosial, kami seharusnya memikirkan cara bagaimana kita boleh merubah pemikiran para mahasiswa mahasiswi untuk merubah cara pemikiran mereka terhadap perubahan iklim."

Para mahasiswa yang hadir turut menyuarakan keprihatinan mereka tentang prospek pekerjaan pada masa hadapan. 

"Saya rasa pandemik COVID-19 benar-benar mengganggu cara kita berfungsi dalam masyarakat. Banyak pekerjaan sekarang tidak lagi memerlukan para pekerja untuk masuk ke pejabat dan sebaliknya lebih banyak pekerjaan mengamalkan aturan hibrid. Jadi saya rasa agak menarik juga untuk menjangkakan bagaimana aturan sebegini akan dilaksanakan pada masa depan," ujar Muhammad Danish Massuryono, mahasiswa tahun 4 dari Sekolah Perubatan Lee Kong Chian. 

Sempena sambutan pertama Hari Raya di kampus sejak bermulanya pandemik COVID-19, para mahasiswa juga jelas menzahirkan rasa gembira dan syukur akhirnya dapat meraikannya bersama keluarga dan teman-teman. 

"Saya amat berbesar hati dapat berjumpa dengan keluarga dan saudara-mara yang tersayang secara berhadapan dan fizikal dan beraya bersama. Hari Raya kali ini mengingatkan kami tentang kepentingan mengeratkan silaturahim antara keluarga walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan keluarga selalu," kata Hairawanie. 

"Saya sudah banyak sangat rancangan untuk beraya dengan kawan-kawan. Insya Allah dapat jaga diri sendiri meskipun langkah-langkah pengurusan selamat sudah dilonggarkan dan semoga semua boleh beraya dengan selamat," tambahnya lagi. 

Amirul pula berkata: "Tidak dapat dinafikan sambutan raya tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun kemudian. Tahun ini kita dapat berkumpul dengan saudara mara dan keluarga jadi sambutan tahun ini lebih meriah. Selain itu rasa seronok juga dapat menunaikan solat Hari Raya." 

Sumber : BERITA Mediacorp/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa