Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah mula operasi satu sesi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah memulakan fasa baharu dengan beroperasi dalam satu sesi untuk semua peringkat mulai sesi persekolahan tahun ini.
Sebelum ini, kelas darjah empat hingga enam, menengah, dan prauniversiti bermula pada 7.30 pagi, manakala murid-murid darjah satu hingga tiga memulakan sesi pada 11.00 pagi.
Pada hari ini (2 Jan) seramai 288 murid memulakan penggal persekolahan yang baharu pagi tadi, termasuk 36 murid Darjah Satu.
Murid-murid Darjah 5 dan 6, menengah dan prauniversiti mereka akan kembali ke sekolah esok.
Mudirah Madrasah Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah Ustazah Masnia Nassim mendedahkan bahawa pelaksanaan satu sesi itu telah dirangka sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun terdapat cabaran, pihak madrasah yakin bahawa tahun ini adalah masa yang tepat untuk melaksanakan perubahan tersebut.
"Sebenarnya, hasrat untuk mula satu sesi ini sudah mula beberapa tahun lalu. Mula-mulanya kami hendak mulakan pada 2024 tetapi tidak dapat. Tetapi perancangan itu sudah ada, dan kami rasa tahun 2025 ini kami sudah bersedia," kata Ustazah Masnia.
Namun, beliau mengakui bahawa keadaan fizikal madrasah masih kurang kondusif untuk memenuhi keperluan pelajar dengan sepenuhnya.
Menurutnya kekurangan ruang, terutama untuk perhimpunan dan aktiviti ko-kurikulum (CCA), menjadi cabaran utama.

PELAKSANAAN SATU SESI TUNGGAL DISAMBUT BAIK OLEH IBU BAPA
Pelaksanaan sesi tunggal itu mendapat sokongan positif daripada ibu bapa dan guru.
Menurut Ustazah Masnia, ibu bapa sudah lama menantikan perubahan ini.
"Apabila kami tidak dapat jalankan tahun lepas, semua ibu bapa sudah bertanya bila nak mula. Saya faham kerana sekolah lain di Singapura sudah menjalankan sesi tunggal," jelasnya.
Seorang ibu kepada tiga anak, yang semuanya bersekolah di madrasah tersebut, meluahkan rasa gembiranya terhadap keputusan ini.
"Bila madrasah memberitahu ibu bapa yang sekolah ini akan bertukar ke sesi tunggal, saya rasa sangat gembira kerana ketiga-tiga anak saya akan berada di sekolah pada waktu yang sama. Jadi, persiapan lebih senang, dan anak-anak dapat pulang ke rumah lebih awal dari tahun lepas," kata Cik Noraihan Sariff.

Sebelum ini, jadual sesi yang berbeza menyukarkan ibu bapa untuk menguruskan anak-anak.
"Saya ada anak seorang di sesi pagi, keluar rumah pukul 6 dan balik pukul 3.00 petang. Lagi seorang pula bermula sekolah pukul 10.30 pagi. Jadi, waktu mereka berbeza, dan menguruskan mereka lebih rumit," tambahnya.
Dengan sesi tunggal, aktiviti tambahan seperti kelas tuisyen akan lebih tersusun.
"Sekarang InsyaAllah semua habis pada waktu yang sama. Jadi, kalau ada kelas tambahan ke, semua pergi pada waktu yang sama. Lebih senanglah mengaturkan jadual mereka," katanya.
Cik Nor Aisah Selamat yang mempunyai empat anak, dari Darjah 1 hingga Menengah 4, gembira dengan peralihan kepada satu sesi.
"Untuk masa sekarang rasa masih kelam-kabut, kerana kami belum tahu betul-betul jadualnya. Tetapi untuk sesi pagi, memang kami suka kerana lebih cepat mereka pulang, lebih cepat mereka boleh rehat dan buat kerja sekolah," katanya.
Sebelum ini, pengurusan waktu pagi dan petang menjadi cabaran bagi keluarganya.
"Anak yang besar balik dulu, kemudian adik-adik menyusul. Yang belajar petang pula punya masa untuk buat kerja sekolah sangat terhad," jelasnya.

MUDAHKAN PENJADUALAN PENTADBIRAN
Guru-guru madrasah turut menyambut baik pelaksanaan sesi tunggal itu kerana ia memudahkan pentadbiran dan penjadualan.
Dengan sesi tunggal, pentadbiran dijangka lebih teratur, dan guru tidak lagi perlu membahagikan waktu antara sesi pagi dan petang.
Ia juga membolehkan lebih banyak perancangan dilakukan tanpa perlu menunggu tamat sesi sekolah atau hujung minggu.
“Dari segi guru, kami sendiri merasakan memang lebih baik kami beroperasi dalam satu sesi. Tidak ada lagi guru yang perlu berulang-alik antara sesi pagi dan petang. Dengan cara ini, pelaksanaan pentadbiran dan penjadualan menjadi lebih lancar.
“Mesyuarat yang sebelum ini terpaksa dijadualkan pada hujung minggu kini boleh dilakukan pada hari biasa. Sebelum ini, kami perlu menunggu Sabtu atau hujung minggu untuk mengadakan mesyuarat dan acara-acara penting. Dengan adanya satu sesi, kami dapat mengurangkan kebergantungan pada Sabtu. Ini sangat membantu terutama dalam hal-hal seperti lisan dan ujian oral di mana kekurangan ruang dan tenaga kerja sering menjadi isu,” jelas Ustazah Masnia.
PROJEK BANGUNAN TAMBAHAN
Pada masa ini, kesemua 24 kelas di Madrasah Wak Tanjong mampu menampung semua kelas dalam satu masa.
Sebuah bangunan tambahan sedang dibangunkan di tapak kosong yang bersebelahan.
Dengan adanya bangunan tambahan yang akan dibina dengan penambahan enam bilik darjah, pembelajaran untuk semua peringkat diharap dapat menjadi lebih kondusif untuk pelajar.
Menurut Ustazah Masnia Nassim, pembinaan bangunan tambahan itu akan memenuhi demi keperluan dan kegiatan luar darjah dan kelas-kelas pengayaan yang lebih luas untuk para pelajar dengan lebih baik.
Ini kerana sebahagian bilik darjah yang sedia ada adalah bilik yang lebih kecil dan ada juga yang merupakan ruang penyimpanan yang telah diubahsuai untuk jadikan bilik darjah.
Bangunan lima tingkat itu akan menempatkan ruang serbaguna di tingkat bawah, enam bilik darjah yang lebih luas, dan taman terbuka di tingkat lima.
Selain itu, lif tambahan akan memudahkan akses ke semua tingkat.

"Dengan adanya bangunan yang tertutup ini, kami boleh gunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan, CCA, dan sebagainya. Projek ini juga akan menyediakan ruang yang lebih selesa untuk pelajar dan guru," ujarnya.
Namun, projek itu mengalami sedikit kelewatan, dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2026.
"Kami berharap semua berjalan lancar sepanjang tahun ini dan seterusnya. Bila bangunan baru siap nanti, Insya-Allah, semuanya akan menjadi lebih baik," ujar Ustazah Masnia.

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.