Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Madrasah, kelas agama beralih ke wadah online mulai 19 Mei

Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai langkah yang lebih ketat untuk mengekang penularan COVID-19 dalam masyarakat, semua madrasah sepenuh masa mahupun kelas-kelas agama di masjid akan beralih ke wadah online mulai Rabu (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai langkah yang lebih ketat untuk mengekang penularan COVID-19 dalam masyarakat, semua madrasah sepenuh masa mahupun kelas-kelas agama di masjid akan beralih ke wadah online mulai Rabu (19 Mei).

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi kenyataannya pada Isnin (17 Mei) menjelaskan, para pelajar madrasah akan mendapat arahan daripada pihak sekolah mengenai bahan-bahan pembelajaran di rumah.

Bantuan akan turut disediakan bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada peranti digital.

Sungguhpun begitu, madrasah akan tetap dibuka bagi "sebilangan kecil pelajar" yang ibu bapa mereka tidak dapat mengatur jagaan alternatif bagi anak mereka. Ini terutama sekali mereka yang bekerja dalam khidmat penting, menurut MUIS.

PENYEDIA KELAS AGAMA JUGA HARUS BERALIH KEPADA WADAH ONLINE

MUIS selanjutnya menyatakan bahawa selain madrasah sepenuh masa dan kelas agama mingguan aLIVE di masjid, semua kelas atau program agama yang dijalankan oleh Penyedia dan Pusat Pendidikan Islam (IECP) turut akan beralih ke HBL sepanjang tempoh kewaspadaan dipertingkat.

"Langkah ini sangat digalakkan demi mengurangkan risiko pergaulan antara pelajar dari kelas atau program berbeza," menurut MUIS.

Kelas aLIVE di masjid sudahpun digantikan dengan pembelajaran di rumah sejak peraturan lebih ketat diumumkan pada Sabtu (8 Mei).

Para pelajar dan ibu bapa diberikan akses kepada bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk 'powerpoint', buku panduan, video dan kuiz mingguan online. Semua ini dirangkumkan sebagai Pakej Pembelajaran di Rumah aLIVE (aHBL).

Sepanjang aturan ini, guru-guru aLIVE akan turut mengadakan sesi live bersama pelajar di samping menghubungi mereka untuk memeriksa kemajuan pelajar - termasuk bagi bacaan Quran.

Pusat-pusat yang tidak dapat beralih ke pembelajaran online pula perlu menggantung program masing-masing, tambahnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan