Madrasah Alsagoff Al-Arabiah juara bertahan Bahas 4PM selepas tumpaskan Politeknik Ngee Ann
Anggaran Waktu Membaca:

Madrasah Alsagoff Al-Arabiah muncul juara Bahas 4PM. (Gambar: Singapura Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu)
SINGAPURA: Madrasah Alsagoff Al-Arabiah mengekalkan tahta juara pertandingan bahas anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) bagi tahun ini.
Ini selepas ia mengalahkan Politeknik Ngee Ann dalam peringkat akhir pertandingan bahas kategori institut pendidikan tinggi.
Juara membawa pulang Piala Hawazi Daipi, trofi dan hadiah baucar.
Peringkat akhir pertandingan yang dirakam di Mediacorp dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Medan bahas 4PM mengetengahkan mauduk 'Teknologi Digital berjaya mengeratkan hubungan sejagat' di peringkat akhir pertandingan tahunan ini.
Kedua-dua pasukan membentangkan hujah masing-masing bagi mempertahankan dan mencabar tajuk perbahasan.
MUTU TINGGI PARA PEMBAHAS
Ketua juri, Dr Saede Buang memuji prestasi kedua-kedua institusi itu.
"Saya sebagai salah seorang penilai merasakan amat teruja memerhatikan kedalaman isi cakupan mereka yang membuktikan bahawa mereka telah membuat banyak kajian yang sangat mendalam dan meluas dan ini merupakan satu perkara yang sangat membanggakan. Dari segi penggunaan bahasa, saya mendapati mereka dapat gunakan bahasa dengan begitu baik dan indah," kata beliau kepada BERITA Mediacorp.

Meskipun, kedua-dua institusi dapat mengetengahkan hujah dengan baik, namun pembahas Madrasah Alsagoff Al-Arabiah terbukti lebih cekap menyampaikan hujahan dan membidas hujahan lawan.
Khadiijah Mazalan, Irsalyna Juzaidy, Juraidah Ishak dan Aamirah Binte Mohamad Laili berjaya menambat hati para juri dengan hujah-hujah bernas mereka.
"Kami semua berasa sangat gembira dinobatkan sebagai juara sekali lagi. Ini adalah satu anugerah buat kami. Kami tidak ada rahsia - asalkan kita semua bersatu teguh, bercerai roboh," kata Irsalyna Juzaidy.
Lebih manis lagi, Khadiijah dinamakan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan Bahas 4PM.
Khadiijah memberitahu BERITA Mediacorp bahawa beliau sama sekali tidak menjangkakan kemenangan itu.

Beliau berkata bahawa rakan-rakan dan para guru banyak memberikan sokongan.
"Saya tidak ada rahsia kejayaan kerana saya rasa strategi saya sama dengan setiap pembahas di sini. Selain banyak berlatih selepas waktu sekolah, para guru dan rakan-rakan banyak membantu. Oleh itu, mereka seperti tulang belakang saya," kata Khadiijah.
Politeknik Ngee Ann bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong.
Pembahasnya, Noor Aisyah Jofri dinobatkan Pembahas Terbaik bagi peringkat akhir pertandingan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.