Madrasah Alsagoff Al-Arabiah juara Bahas 4PM 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Madrasah Alsagoff Al-Arabiah win Bahas 4PM 2026
- Madrasah Alsagoff Al-Arabiah won Bahas 4PM 2026 in Singapore after defeating Ngee Ann Polytechnic in the final on whether energy security should take priority over environmental sustainability.
- The last time Madrasah Alsagoff Al-Arabiah lifted the championship trophy was in 2023.
- Eva Doanna Mohammad Lenny said the team’s success was helped by close cooperation, support from teachers and parents, as well as the opportunity to deepen their understanding of current issues and their mother tongue.
- Dr Imran Tajudeen said the champions stood out through strong arguments, accurate examples, solid research and fluency, while Nur Insyirah Mohamed Faizal won two best debater awards.
- Madrasah Alsagoff Al-Arabiah menjuarai Bahas 4PM 2026 di Singapura selepas menewaskan Politeknik Ngee Ann dalam final mengenai keutamaan keselamatan tenaga berbanding kelestarian alam.
- Kali terakhir Madrasah Alsagoff Al-Arabiah menjulang piala kejuaraan ialah pada 2023.
- Eva Doanna Mohammad Lenny menyifatkan kejayaan pasukan dibantu kerjasama erat, sokongan guru dan ibu bapa, serta peluang mendalami isu semasa dan bahasa ibunda.
- Dr Imran Tajudeen menilai juara menyerlah melalui hujah bernas, contoh tepat, kajian baik dan kefasihan, manakala Nur Insyirah Mohamed Faizal meraih dua anugerah pembahas terbaik.
SINGAPURA: Madrasah Alsagoff Al-Arabiah muncul juara pertandingan Bahas 4PM 2026 selepas mengalahkan Politeknik Ngee Ann dalam peringkat akhir pertandingan itu.
Kedua-dua pasukan berentap membahaskan mauduk: "Dalam menghadapi krisis tenaga, keutamaan harus diberikan kepada keselamatan tenaga berbanding kelestarian alam."
Politeknik Ngee Ann selaku pihak pencadang mempertahankan mauduk tersebut, manakala Madrasah Alsagoff Al-Arabiah sebagai pihak penyanggah membantah pendirian itu.
Kemenangan tersebut juga mengulangi pencapaian Madrasah Alsagoff pada 2023, apabila ia menewaskan Politeknik Ngee Ann dalam peringkat akhir pertandingan yang sama.
Bagi pasukan Madrasah Alsagoff, kejayaan tersebut bukan sahaja hasil usaha para pembahas, malah didorong sokongan padu daripada guru dan ibu bapa sepanjang perjalanan mereka dalam pertandingan itu.
"Saya rasa kekuatan pasukan kami adalah kami mempunyai kerjasama yang baik bersama dan kami juga mendapatkan sokongan daripada ibu bapa kami dan juga para guru kami yang setia dengan kami," kata Eva Doanna Mohammad Lenny.

MAUDUK MENCABAR PEMBAHAS BERFIKIR SECARA KRITIS
Isu krisis tenaga yang menjadi mauduk peringkat akhir kali ini mencabar para pembahas untuk menimbang keperluan memastikan bekalan tenaga yang terjamin dengan usaha melindungi kelestarian alam sekitar.
Bagi para pembahas Madrasah Alsagoff, isu tersebut turut memberi mereka peluang untuk mendalami isu semasa dan mengasah pemikiran kritis.
"Mauduk pada hari ini sangat mencabar, tetapi ia juga dapat membuka fikiran kita untuk menjadi sangat kritis terhadap mauduk tersebut kerana ia juga merupakan isu-isu semasa dan kami juga dapat lebih mengapresiasi bahasa ibunda kami," kongsi Eva Doanna.
Kejayaan Madrasah Alsagoff turut diserikan dengan pencapaian Nur Insyirah Mohamed Faizal, yang dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Peringkat Akhir.
Beliau turut meraih anugerah Pembahas Terbaik Keseluruhan bagi siri Bahas 4PM 2026.
HUJAH BERNAS, CONTOH TEPAT ANTARA KEKUATAN JUARA
Menurut salah seorang anggota panel penilai, Dr Imran Tajudeen, pasukan Madrasah Alsagoff menyerlah menerusi mutu isi dan hujah yang dibentangkan.
"Sidang penilai melihat dari segi isi dan hujahan yang bernas, dengan penggunaan contoh yang tepat dan meyakinkan.
"Satu lagi kebolehan mereka untuk membuat penyelidikan atau kajian dengan sumber-sumber yang tepat dan baik. Jadi itu yang kami perhatikan tadi," kata Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Imran Tajudeen.
Menurutnya, seorang pembahas yang cemerlang juga perlu mampu berfikir secara spontan, selain memberikan jawapan yang tepat dan jelas.
"Kebolehan berfikir secara spontan dan menjawab secara tepat dan jelas sangat perlu dan penting. Dan juga kefasihan dalam berbahasa Melayu,” jelasnya.
Dr Imran menambah bahawa keupayaan merangkaikan kata-kata dengan baik dan menyampaikan hujah secara berkesan juga penting, memandangkan para pembahas perlu mengemukakan hujah secara spontan ketika perbahasan berlangsung.
BAHAS LATIH GENERASI MUDA LIHAT ISU DARI DUA SUDUT
Selain menguji kemahiran berbahasa dan berhujah, pertandingan seperti Bahas 4PM juga dilihat sebagai wadah untuk membentuk generasi muda yang mampu menilai sesuatu isu daripada pelbagai sudut.
Dr Imran berkata proses menyediakan hujah memerlukan seseorang pembahas memahami bukan sahaja pendirian sendiri, malah hujah pihak lawan.
"Dalam proses tersebut, kita harus mencari hujah-hujah untuk mempertimbangkan sesuatu dari dua pihak. Jadi walaupun kita berperanan sebagai pencadang atau penyanggah, kita harus mengetahui hujah sebaliknya dari apa yang kita ingin kemukakan.
"Kebolehan ini sangat perlu. Walaupun kita mungkin memihak kepada satu hujah, kita harus tahu hujah sebaliknya juga supaya kita dapat berfikir secara lebih menyeluruh dan lebih lengkap," katanya.
Kali terakhir Madrasah Alsagoff Al-Arabiah menjulang piala kejuaraan ialah pada 2023.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.