Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Madrasah Aljunied lebih bersedia laksana pembelajaran di rumah setelah persiapan awal

Hari pertama pembelajaran di rumah (HBL) bagi pelajar madrasah di Singapura secara amnya berjalan lancar pada Rabu (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hari pertama pembelajaran di rumah (HBL) bagi pelajar madrasah di Singapura secara amnya berjalan lancar pada Rabu (19 Mei).

Meskipun kaedah itu tidak sama seperti pembelajaran secara bersemuka, para pelajar bersiap sedia secara mental berbanding tahun lalu.

Demikian menurut mudirah Madrasah Aljunied Al-Islamiah Khairiana Zainal Abiden, semasa diwawancara secara langsung pada BERITA, 8 malam.

Walaupun madrasah tetap dibuka bagi para pelajar yang tidak mendapat aturan penjagaan di rumah, pihak madrasah menyatakan semua pelajar dapat melakukan HBL di rumah mereka sendiri. Ini dilaksanakan atas kecekapan pihak madrasah untuk melengkapi para pelajar dengan peranti dan internet mudah alih.

Sokongan ibu bapa turut memainkan peranan penting demi memastikan suasana pembelajaran di rumah sesuai untuk para pelajar.

Mengulas tentang maklumbalas ibu bapa sejauh ini, Cik Khairiana berkata: "Kita bersyukur kerana kalau dibandingkan dengan tahun lepas, memang banyak kegenjotan. Tapi para waris kita telah sama-sama bekerjasama dengan kita untuk memastikan keadaan Wi-Fi di rumah, anak-anak dapat diberikan sokongan. Jadi sepanjang hari ini saya tidak mendengar apa-apa maklumbalas yang negatif!"

MADRASAH TERUS MEMBERI SOKONGAN, TIDAK JEJAS PERSIAPAN PEPERIKSAAN

Mengambil iktibar dari pengalaman tahun lalu juga, Madrasah Aljunied proaktif mengambil langkah-langkah awal supaya lebih bersedia sekiranya terpaksa beralih wadah seperti sekarang ini.

Misalnya, beberapa sesi perkongsian kemahiran IT diadakan di kalangan para guru.

Bahkan, madrasah itu juga sebelum ini melaksanakan sesi-sesi HBL sendiri supaya para guru dan pelajar lebih tersedia.

Dengan menjelangnya peperiksaan pertengahan tahun dan GCE peringkat O, Cik Khairiana memberi jaminan Madrasah Aljunied sentiasa sedia memberi bantuan.

"Sebagai institusi yang harus memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar kita, kami telah bersetuju untuk meneruskan pembelajaran untuk pelajar-pelajar yang mempersiapkan diri untuk peringkat O dengan menukar platformnya kepada platform zoom. Kami tetap akan melaksanakan kerana anak-anak ini perlukan sokongan kami," jelas Cik Khairiana. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan