Madrasah Aljunied catat kelulusan penuh dalam IB buat 5 tahun berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kesemua 17 pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang mengikuti program International Baccalaureate (IB) berjaya lulus tahun ini.
Mereka meraih diploma IB berserta diploma dwibahasa IB.
Ini merupakan tahun kelima berturut-turut, pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah mencatat kelulusan penuh.
Program IB mula ditawarkan di madrasah itu sejak 2019.
Markah purata bagi setiap kohort:
2020: 34.8 mata
2021: 39.69 mata
2022: 36.05 mata
2023: 33.7 mata
Bagaimanapun, markah purata bagi kohort 2024 enggan didedahkan pihak madrasah kepada umum.
AHMAD MUSADDIQ SAMADI BIJAK ATUR MASA
Antara pelajar cemerlang tahun ini ialah Ahmad Musaddiq Samadi.
Sebagai anak sulung, dia banyak meluangkan masa menjalankan tanggungjawab di rumah untuk menjaga empat orang adiknya.
Sifat kepimpinannya itu lebih terserlah apabila menggalas peranan sebagai Ketua Pengawas sekolah pada 2023 dan Ketua Pelajar tahun ini.
Namun begitu, ia sama sekali tidak menjejas tumpuannya terhadap pelajaran.
Beliau cuba mengimbangi masa sebaiknya untuk menduduki peperiksaan International Baccalaureate (IB).
Menurut Ahmad, beliau juga akan membuat persiapan awal - mengulang kaji pelajaran seawal tiga minggu menjelang peperiksaan.
Tambahnya, beliau akan membuat jadual waktu untuk merancang jumlah subjek yang ingin beliau mengulang kaji setiap hari.

PERNAH RASA 'BURN OUT'
Beliau bagaimanapun akur pernah mengalami situasi 'burn out'.
Lantaran itu, katanya ia penting untuk meluangkan masa yang secukupnya untuk berehat juga dan memahami keupayaan masing-masing.
"Salah satu tanda bagi 'burn out' yang saya mengalami ialah apabila saya tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik yang agak mudah bagi saya. Jadi, apabila itu berlaku, saya sudah tahu yang saya sedang mengalami 'burn out' dan selanjutnya saya akan berhenti mengulang kaji untuk memberi minda saya masa untuk rehat.
"Jadi dengan mengenal diri saya dengan lebih mendalam, ia dapat memberi saya peluang untuk mengulangkaji dan juga belajar secara lebih efektif. Lantaran itu, saya rasa ini suatu langkah yang sepatutnya semua murid ambil kerana dengan memahami diri kita sendiri, kita dapat mengaturkan masa dengan lebih efektif," ujarnya kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Berkat kegigihannya, Ahmad merupakan antara pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang meraih keputusan cemerlang bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB).
Beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah.
Namun kata Ahmad, selepas itu beliau ingin melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Politik di universiti lain pula.
Beliau berharap dapat menyumbang kembali kepada masyarakat satu hari kelak.
Antara subjek IB yang ditawarkan di madrasah itu termasuk Politik Sejagat, Bahasa Arab serta Sistem Persekitaran dan Masyarakat.
IBU JADI PEMBAKAR SEMANGAT
Seorang lagi pelajar yang turut menerima keputusan IB hari ini (18 Dis) ialah Amirah Adani Zulfadhli, 18 tahun.
"Alhamdulillah program IB telah mengajar saya untuk memikirkan secara terbuka - bagaimana dunia ini bergerak dan juga mengaitkan segala sesuatu dengan Allah. Ramai mungkin melihat keagamaan dengan hal-hal dunia, mungkin dua benda yang berbeza tetapi dengan melalui program ini, saya mengaitkan segala subjek mempunyai kaitan dengan agama kita," kongsi Amirah.

Berkat sokongan kukuh guru, keluarga dan teman-temannya, beliau juga berjaya lulus peperiksaan International Baccalaureate (IB), sekali gus meraih diploma IB berserta diploma dwibahasa IB.
"Sejujurnya, saya tidak pandai untuk membahagikan masa tetapi dengan pertolongan daripada ibu bapa saya dan guru-guru, saya sentiasa diingatkan untuk mengutamakan pelajaran saya. Malah sehingga apabila kami ke luar negara, ahli keluarga saya akan bersama saya apabila melakukan kerja sekolah dan sebagainya. Guru-guru saya juga sering mengingatkan dan membantu saya jika ada apa-apa masalah," tambah Amirah.
Antara individu yang menjadi pembakar semangatnya adalah ibunya.
"Ibu saya sentiasa memberitahu saya agar melakukan apa yang saya mampu dan semua ini untuk mengejar redha Allah dan tidak untuk membanggakan ibu ayah, dan memenuhi jangkaan sesiapa, tetapi untuk Allah dan Allah sahaja," kata Amirah.
Seperti Ahmad, beliau juga berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Tafsir Al-Quran.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.