Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Madrasah Aljunied Al-Islamiah punya mudir baru Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Madrasah Aljunied Al-Islamiah punya mudir baru Jun ini

(kiri) Cik Khairiana Zainal Abiden, pengetua Madrasah Aljunied, (kanan) Encik Herman Cher Ma'in, pengetua Madrasah Al-Arabiah. (Gambar: Khairiana Zainal Abiden Instagram/Sumber web)

BERITAmediacorp: Madrasah Aljunied Al-Islamiah bakal mempunyai seorang pengetua atau mudir baru apabila sekolah dibuka semula selepas cuti bulan Jun ini.

BERITAmediacorp difahamkan, bakal mudir baru bagi Madrasah Aljunied merupakan mudir Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah sekarang, iaitu Encik Herman Cher Ma'in.

Sumber-sumber memberitahu BERITAmediacorp, semua asatizah, guru dan pelajar madrasah Aljunied sudah dimaklumkan mengenai perubahan kepimpinan itu pagi Jumaat (19 Mei).

BERITAmediacorp sudah menghubungi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi mendapatkan ulasan.

MUDIRAH MADRASAH ALJUNIED SEKARANG

Mudirah Madrasah Aljunied sekarang ialah Cik Khairiana Zainal Abiden.
Cik Khairiana Zainal Abiden, pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah. (Gambar: Khairiana Zainal Abiden/Instagram)
Beliau mula menyandang jawatan sebagai mudirah di madrasah itu pada 2018 dan kini sudah berkhidmat selama lima tahun.

Beliau juga merupakan pengetua wanita pertama dalam sejarah Madrasah Aljunied, sejak madrasah itu ditubuhkan pada 1927.

Di bawah kepimpinan Cik Khairiana, Madrasah Aljunied melahirkan ramai pelajar yang cemerlang.

Misalnya, pada tahun 2021 dan 2022, 100 peratus kohort pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah mencatat kelulusan penuh bagi peperiksaan International Baccalaureate (IB).
Selain itu, Madrasah Aljunied juga buat pertama kalinya diiktiraf sebagai sekolah yang memanfaatkan teknologi Apple atau 'Apple Distinguished School' (ADS) bagi tahun 2022 hingga 2025.
Setakat ini belum diketahui apakah tugasan seterusnya bagi Cik Khairiana.

HERMAN CHER MA'IN

Encik Herman sudah berkhidmat di Madrasah Al-Arabiah sebagai mudir selama 12 tahun.
Herman Cher Ma'in, pengetua Madrasah Al-Arabiah. (Gambar: Sumber web)
Beliau juga berpengalaman bertugas sebagai naib pengetua (kurikulum) di Sekolah Menengah Queensway dan juga di Sekolah Menengah Teck Whye.

Menerusi catatan di laman Linkedin, Encik Herman mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Kepimpinan dan Perubahan Pendidikan dari Kolej Perguruan, Universiti Columbia.

Beliau juga merupakan lulusan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam bidang kejuruteraan dan memiliki diploma dalam bidang pendidikan dan pengurusan jabatan.

BERITAmediacorp difahamkan apabila Encik Herman berpindah ke Madrasah Aljunied, kepimpinan Madrasah Al-Arabiah bakal dipegang oleh seorang pemangku mudir.
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan