"Macam tinggal sebelah pasar raya": Keluh jiran pembelian secara berkumpulan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Candice Goh)
SINGAPURA: Semasa Cik Candice Goh pindah masuk ke flatnya di Yishun pada 2019, jiran beliau sudah terlibat dalam perniagaan pembelian secara berkumpulan.
Keadaan itu tidak menganggunya ketika itu, dan dia tidak membuat sebarang aduan kerana tidak mahu menganggu sumber pendapatan jirannya itu.
Namun pada awal tahun ini, jumlah pelanggan kumpulan itu meningkat sehingga penghantaran tiba sebanyak tiga hingga empat kali sehari, empat hingga lima kali seminggu.
Dalam tempoh sehari, rakaman kamera litar tertutup di luar rumah Cik Goh merakamkan sekitar 40 orang datang ke rumah jirannya untuk menghantar atau mengambil pesanan mereka yang dibeli secara berkumpulan.
Jiran tersebut akan menyusun barang-barang yang dibeli di dalam kotak sepanjang koridor, sehingga di bawah tingkap rumah Cik Goh. Pembelian tersebut tidak diasingkan terlebih dahulu buat setiap pelanggan.
Ia bermakna pelanggan yang datang terpaksa mencari pesanan mereka dan bunyi mereka berbuat demikian menganggu Cik Goh saban hari dari pagi dan kadang-kala hingga ke larut malam.
PELANGGAN BISING
"Saya terfikir sejenak - adakah saya tinggal di sebelah pasar raya?", kata Cik Goh yang berusia 50-an tahun kepada Mediacorp.
Pembelian secara berkumpulan melibatkan penduduk yang tinggal di estet yang sama berkongsi pembelian supaya dapat menjimatkan kos penghantaran dan menikmati diskaun dari pembekal.
Barangan yang dibeli berbeza-beza. Cik Goh berkata jirannya pernah membeli produk segar seperti sayur, telur dan durian, serta pakaian dan buku latihan. Ketika Tahun Baru Cina, berpuluh-puluh kotak oren ditempatkan di depan rumahnya.
Pembelian secara berkumpulan mendapat sambutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan sekatan pandemik COVID-19. Carian di Instagram menunjukkan sekitar 50 akaun kumpulan pembelian secara berkumpulan, dengan lebih banyak penganjur menawarkan khidmat itu menerusi paltform Telegram dan Whatsapp.
Tahun lalu, pemerintah mengumumkan Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi memudahkan pembelian secara berkumpulan di kawasan kejiranan, yang dikendalikan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDP) dan Persatuan Rakyat (PA).
Cik Goh kecewa dengan perkara tersebut, kerana meskipun pemerintah sedang cuba untuk bantu perniagaan-perniagaan kecil, rumah tidak sepatutnya dijadikan "tempat penyimpanan, pengedaran atau kedai runcit".
AfA dalam satu kenyataan media berkata pembelian secara berkumpulan mempunyai manfaatnya seperti menggalak interaksi antara penduduk dan menyokong perniagaan kecil.
Namun, ia juga mencari huraian kepada masalah termasuk kenderaan yang menggunakan ruang pemunggahan dan menggunakan lif untuk menghantar barangan dengan berlebihan, serta menyelerakkan koridor yang boleh menimbulkan risiko kebakaran.
Bagi Cik Goh, jumlah orang yang lalu di depan rumahnya sudah cukup untuk menyebabkan beliau sakit kepala.
"Kadang kala ada yang tersalah ketuk pintu,” katanya.
APA KATA PENGANJUR
Penganjur pembelian berkumpulan yang ditemui Mediacorp berkata mereka tidak menerima aduan serupa daripada jiran-jiran yang menawarkan khidmat itu.
Ketika ditanya tentang usaha mengurangkan gangguan terhadap jiran, pengasas bersama Sengkang Group Buy, Cheryl Guo berkata: "Kita harus pastikan semua pesanan daripada vendor adalah betul apabila menerimanya, dan mereka juga harus tepat pada waktunya."
Bagi Cik Goh sejak membuat aduan kepada HDB dan majlis bandaran, penghantaran ke rumah jirannya sudah mula berkurangan kepada sekali sehari.
Jirannya itu juga akan membawa turun barangan tersebut ke bawah blok untuk pelanggan mengambilnya.
Baru-baru ini, beliau berkata pembelian berkumpulan itu sudah berhenti sepenuhnya kerana jirannya kelihatan seperti sudah meninggalkan Singapura.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.