M³@Bedok lakar inisiatif baharu, ingin tarik lebih ramai relawan
M³@Bedok sedang bekerjasama dengan sekitar lima pertubuhan tempatan untuk memperluas rangkaian relawan bagi Projek DIAN@M³.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERITA Mediacorp/Nurfazirah Azman)
SINGAPURA: M³@Bedok sedang bekerjasama dengan sekitar lima pertubuhan tempatan untuk memperluas rangkaian relawan bagi Projek DIAN@M³.
Demikian dikongsikan Pengerusi M³@Bedok, Raihan Rafiek di acara Penghargaan Sukarelawan M³@Bedok di Kelab Masyarakat Siglap pada Khamis (1 Feb).

"Kami akan perluaskan jumlah relawan kami dalam apa yang dipanggil 'organisational volunteer'. Ideanya adalah untuk memperkasa daya usaha kami untuk mendapatkan relawan daripada pertubuhan-pertubuhan korporat,"
"Buat masa ini kami sedang berbincang dengan lima hingga tujuh syarikat dan pertubuhan. Kami belum lagi tepatkan butirannya," kongsi Encik Raihan.
Kerjasama itu juga tidak dihadkan kepada pertubuhan korporat sahaja.
"Kami juga mendekati sekolah-sekolah dengan pelajar yang menyatakan minat dalam menjadi relawan. Ada juga institusi dan pertubuhan lain yang ingin menjadi relawan," kata Encik Raihan.
Menurut beliau, langkah itu juga sebagai huraian kepada masalah kekurangan relawan.
"Kami berharap dengan sukarelawan daripada pertubuhan-pertubuhan ini, ia akan membuka ruang buat kami untuk memikat lebih ramai individu untuk menjadi sukarela," kongsi Encik Raihan.
Pengambilan sukarelawan ini juga untuk menangani masalah yang disuarakan para relawan.
"Ramai dalam kalangan mereka ingin menyumbang tetapi mereka mempunyai tanggungjawab lain. Jadi kami harap dengan sokongan daripada syarikat-syarikat ia akan membantu dalam usaha ini," ujar Encik Raihan.
Seperti relawan lain, golongan relawan daripada rakan-rakan pertubuhan M³@Bedok harus menjalani latihan bersama dengan MSF untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan.
INGIN SELARASKAN INISIATIF-INISIATIF M³
Antara lain, beliau turut berkongsi rancangan untuk membangunkan sebuah "dashboard" untuk memastikan kesemua inisiatif bandar@M³ dan agensi-agensi yang bekerjasama dengan M³ dapat diselaraskan.
"Kami semua harus berpegang kepada satu matlamat untuk memperbaiki kehidupan warga Singapura. Seperti menangani masalah ketidaksamarataan serta mobiliti sosial. Matlamatnya adalah supaya kami dapat maju bersama sebagai sebuah masyarakat.
"Kami akan kumpulkan kesemua inisiatif yang dijalankan kesemua 11 bandar@M³. Ini akan memberi kami gambaran keseluruhan mengenai apa yang kami sedang lakukan berhubung kesemua tumpuan utama yang ingin kami tingkatkan untuk maju ke hadapan," kata Encik Raihan.
Perkara itu juga bagi menambah baik program-program yang bakal M³ jalankan.
BERI PENGHARGAAN KEPADA PARA RELAWAN
Di acara itu, sekitar 30 relawan M³@Bedok diraikan sebagai penghargaan buat sumbangan dan pengorbanan mereka.
"Mereka sudah lakukan banyak dan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan atas kerja baik mereka. Mereka sudah membuat kemajuan dan impak besar kepada keluarga-keluarga," ujar Encik Raihan.
Turut hadir di acara tersebut adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.