M³ akan terus rapatkan pekerja Melayu dengan peluang pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota Parlimen bagi Ehwal Buruh Encik Fahmi Aliman, yang menekankan peri perlunya sokongan bersasar khususnya bagi golongan bergaji rendah.
Beliau memberikan kemas kini berhubung usaha-usaha yang dilakukan M³.
"Dalam rangka kerja M³ Bidang Tumpuan 4, kami akan terus melibatkan masyarakat Melayu/Islam yang bertujuan untuk merapatkan pekerja dengan peluang-peluang pekerjaan dan kebolehpasaran mereka meningkatkan keupayaan mereka melalui peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, dan mendekati segmen pencari pekerjaan yang berbeza-beza.
"Pada peringkat mikro pula, kami sedang menyasarkan kumpulan tertentu iaitu pekerja platform, kaum wanita, pekerja matang dan para belia melalui pameran kerjaya, bengkel yang dianjurkan dan sesi perundingan," jelas Encik Fahmi.
Menurutnya, platform tersebut bertujuan untuk menggalakkan peluang kerjaya dan latihan, meluaskan lagi pemahaman mereka tentang pekerjaan dan kemahiran yang sering diperlukan, dan untuk mengakses peluang-peluang pekerjaan dalam sektor yang semakin berkembang.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.