Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M1 lapor gangguan khidmat gentian jalur lebar

Khidmat Internet gentian jalur lebar M1 menghadapi gangguan pada pagi Selasa (12 Mei). Ini disahkan syarikat telekomunikasi itu dalam satu catatan Facebook pada sekitar 8.00 pagi tadi. 

Anggaran Waktu Membaca:
M1 lapor gangguan khidmat gentian jalur lebar

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 May 2020 11:27AM Dikemas Kini : 12 May 2020 11:32AM

SINGAPURA: Khidmat Internet gentian jalur lebar M1 menghadapi gangguan pada pagi Selasa (12 Mei). Ini disahkan syarikat telekomunikasi itu dalam satu catatan Facebook pada sekitar 8.00 pagi tadi.

Para pelanggan "di bahagian barat, tengah dan timur Singapura" mungkin terjejas, menurut M1 sambil menambah bahawa para juruteranya "sedang bekerja keras untuk menghuraikan isu itu".

Beberapa orang dalam komen online mengatakan bahawa gangguan itu menghampakan kerana mereka perlu bekerja dari rumah sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.

Para pengguna melaporkan mereka mengalami gangguan di pelbagai kawasan di merata negara termasuk Ang Mo Kio, Bishan, Boon Keng, Bukit Panjang, Eunos, Hougang, Jurong, Marine Parade, Punggol, Sembawang, Sengkang, Serangoon, Siglap, Tampines, Toa Payoh, Tiong Bahru, Queenstown dan Yishun.

Penjejak khidmat online, Downdetector, menunjukkan para pengguna mula melaporkan gangguan perkhidmatan M1 dari awal pagi Selasa.

"Kami meminta maaf atas kesulitan ini dan akan memberikan kemas kini secepat mungkin," menurut M1.

Pada 15 April, para pengguna StarHub mengalami gangguan Internet selama beberapa jam yang mencetuskan kemarahan para pelanggannya.

Syarikat telekomunikasi itu kemudian meminta maaf kepada para pelanggannya dan menawarkan rebat sekali sahaja bagi yuran bulanan jalur lebar rumah mereka.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata minggu lalu bahawa pihak berkuasa akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan penimbal keupayaan rangkaiannya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Anggota Parlimen Liang Eng Hwa mengenai lonjakan dalam trafik Internet semasa tempoh pemutus jangkitan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan