M1 lapor gangguan khidmat gentian dan panggilan di merata Singapura
Pelanggan syarikat telekomunikasi M1 di merata Singapura mengalami gangguan khidmat panggilan dan gentian pada Jumaat (4 Dis).
Gambar Fail: Logo M1. (Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Pelanggan syarikat telekomunikasi M1 di merata Singapura mengalami gangguan khidmat panggilan dan gentian pada Jumaat (4 Dis).
"Saya tinggal di Punggol dan bekerja dari rumah dan saya tidak dapat akses Internet, ini menjejas kerja saya! Amat mengecewakan!," kata seorang pengguna Facebook, Maggie Teo di laman media sosial M1 itu.
"Marsiling Drive juga terjejas. Sangat mengecewakan apabila anda harus bekerja dari rumah dan saya tidak dapat menghubungi 1627," kata seorang lagi pengguna Facebook, Zulekah Isfaq Ahmed, merujuk kepada talian bantuan M1.
M1 menyatakan dalam satu kenyataan Facebook pada sekitar 6.40 petang pada Jumaat (4 Dis) bahawa "sebilangan pelanggannya mengalami kesulitan" dalam mengakses khidmat gentian dan membuat panggilan di "beberapa kawasan di Singapura".
"Jurutera kami sedang menyiasat puncanya dan kami akan memberikan maklumat lebih lanjut secepat mungkin," kata syarikat telko itu.
Gangguan tersebut bermula sekitar 6.00 petang, menurut khidmat pengesanan online Downdetector.
Pelanggan M1 melaporkan mengalami gangguan perkhidmatan di pelbagai kawasan termasuk Hougang, Serangoon, Kallang, Yishun, Boon Keng, Choa Chu Kang, Holland Village, Yew Tee, Tampines, Geylang, Buangkok, Punggol, Bukit Panjang, Queenstown, Ang Mo Kio, Lorong Liew Lian, Aljunied, Pasir Ris, Woodlands, Bedok dan Jurong West.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.