Skip to main content

Singapura

M1 lancarkan pelan 'kad SIM sahaja', pelan asas telefon bimbit bermula S$25 bagi 30GB

Syarikat telko tempatan, M1, pada Selasa (28 Mei) menggantikan 19 pelan telefon bimbitnya dengan satu pelan dasar bagi hanya kad SIM atau pelan dengan telefon bimbit. 

Anggaran Waktu Membaca:
M1 lancarkan pelan 'kad SIM sahaja', pelan asas telefon bimbit bermula S$25 bagi 30GB

Gambar fail.

Diterbitkan : 28 May 2019 06:59PM Dikemas Kini : 28 May 2019 07:05PM

SINGAPURA: Syarikat telko tempatan, M1, pada Selasa (28 Mei) menggantikan 19 pelan telefon bimbitnya dengan satu pelan dasar bagi hanya kad SIM atau pelan dengan telefon bimbit.

Menurut kenyataan media M1, perubahan itu sebahagian daripada transformasi strategik bagi memenuhi "keperluan dan jangkaan para pelanggan yang kian berubah-ubah."

Pelan dasar tanpa kontrak bagi hanya kad SIM bermula pada harga S$25 bagi data sebanyak 30gb. Manakala, pelan dasar bagi kontrak telefon bimbit bermula pada harga S$30 bagi data sebanyak 12gb.

Kedua-dua pelan itu menawarkan data tanpa batas pada hujung minggu, serta pestriman muzik tanpa had menerusi aplikasi Spotify.

Selain pelan dasar telefon bimbit, para pelanggan juga boleh mendapatkan pelan tambahan, di mana ia terdiri daripada S$20 bagi data tambahan sebanyak 5gb dan masa berbual selama 100 minit, kepada S$205 bagi data tambahan sebanyak 100gb dan masa berbual tanpa had.

Pilihan pelan tambahan akan menetapkan harga telefon bimbit itu.

Selain itu, para pelanggan bagi pelan telefon bimbit atau pelan hanya kad SIM boleh memilih pakej gabungan, yang boleh ditambah atau ditamatkan pada bila-bila masa semasa kontrak tersebut.

Para pelanggan boleh mendapatkan pelan telefon bimbit di lelaman baru M1 yang baru dilancarkan, di mana setelah itu mereka boleh memilih agar kad SIM dan telefon bimbit mereka dihantar ke rumah tanpa sebarang kos tambahahan, menurut kenyataan tersebut.

CEO M1, Manjot Singh Mann, berkata pelan baru itu akan membolehkan para pelanggan untuk membangunkan pelan mereka sendiri "mengikut cita rasa masing-masing".  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita