Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi

M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi

M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi. (Gambar-gambar: BERITAmediacorp/Ira Musfirah)

SINGAPURA: M³@Bandar yang ke-11 dilancarkan di Kelab Masyarakat Toa Payoh East hari ini (25Apr). Diberi nama M³@Toa Payoh, ia bertujuan menaik taraf kehidupan para penduduk di GRC Bishan-Toa Payoh dan SMC Marymount.

Ia dirasmikan penasihat pertubuhan akar umbi GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat. Beliau diiringi para penasihat lain GRC Bishan-Toa Payoh iaitu Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pengangkutan Chee Hong Tat dan Chong Kee Hiong.

Dalam ucapannya, Encik Saktiandi berkata: "Ketika kehidupan kita beralih ke dunia pasca COVID-19, kita harus memastikan tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan.

"Dengan pelancaran M³@Toa Payoh, kami berharap lebih ramai karyawan dan belia akan mara ke hadapan dan melibatkan diri mereka dalam usaha untuk menaik taraf kehidupan masyarakat Melayu/Islam. Masih banyak yang boleh kita capai jika kita bersatu hati."

M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi. (Gambar: BERITAmediacorp/Ira Musfirah)

Encik Saktiandi juga melantik 10 sukarelawan sebagai Ejen Kejayaan dari pelbagai latar belakang bagi mendampingi para penduduk dan melengkapi mereka dengan kemahiran supaya mereka celik kewangan dan berdaya tahan secara ekonomi.

M³@Toa Payoh dilancar; mahu galak penduduk celik kewangan, bina daya tahan ekonomi. (Gambar: BERITAmediacorp/Ira Musfirah)

Ini akan dilakukan menerusi kelas-kelas celik kewangan dan bengkel-bengkel mengenai perniagaan dari rumah.

"Kami akan memulakan kelas-kelas celik kewangan dan bengkel-bengkel perniagaan dari rumah selepas Ramadan, bagi membolehkan lebih ramai penduduk meraih manfaat daripada program ini,” kata Pengerusi M³@Toa Payoh Encik Mohamed Fauzan Haji Siraj.

"Kami berharap kedua-dua bengkel ini akan melengkapi para peserta dengan kemahiran relevan untuk menjadi celik secara kewangan dan berdaya tahan ekonomi."

M³@Toa Payoh menyertai 10 M³@Bandar lain yang terdiri daripada M³@Tampines, M³@Pasir Ris-Punggol, M³@Nee Soon, M³@Jurong, M³@Bedok, M³@Chua Chu Kang, M³@Marsiling-Yew Tee and M³@Woodlands, M³@Geylang Serai dan M³@Jalan Besar.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan