Skip to main content

Singapura

M'sia, S'pura tidak dalam perbincangan isu air: DPM Teo

Singapura tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean pada Selasa (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, S'pura tidak dalam perbincangan isu air: DPM Teo

DPM Teo Chee Hean semasa lawatan ke Loji Penyulingan Air Changi (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 06:56PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 06:58PM

SINGAPURA: Singapura tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean pada Selasa (28 Ogos).

Beliau bercakap kepada para wartawan semasa satu lawatan ke Loji Penyulingan Air Changi. Ditanya jika Malaysia sudah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu itu dan sama ada kedua-dua negara sedang dalam perbincangan, Encik Teo menjawab "tidak". Beliau tidak mengulas lanjut.

Komen DPM Teo pada Selasa dibuat sedang Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa negaranya menjual air kepada Singapura pada harga yang terlalu rendah.

Pada 13 Ogos Dr Mahathir berkata harga jualan air kepada Singapura patut dinaikkan sekurang-kurangnya 10 kali ganda sebagai mengulangi kenyataan yang dibuat pada Jun bahawa harga air adalah antara isu "yang perlu diselesaikan" dengan Singapura.

Menyusuli komen Dr Mahathir pada Jun, Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah berkata masih terdapat ruang untuk menyemak semula perjanjian air antara Singapura dan Malaysia.

Singapura tegas dengan pendiriannya bahawa kedua-dua negara perlu menghormati syarat-syarat yang sudah dipersetujui berhubung harga air.

Mengulas tentang isu tersebut buat pertama kali semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata walaupun Singapura memahami sebab-sebab kerajaan baru Malaysia mahu menyemak dan membuat perubahan pada pelbagai dasar yang dilaksanakan pentadbiran sebelumnya, Perjanjian Air 1962 antara kedua-dua negara jiran itu "tidak boleh dicabuli".

"Kita perlu melaksanakannya dengan teliti mengikut syarat yang dipersetujui," kata PM Lee.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita