Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia, S'pura guna teknologi blok rantai bagi sijil vaksinasi COVID-19

Sijil vaksinasi digital COVID-19 di Malaysia dan Singapura terjamin oleh teknologi blok rantai dan akan mempunyai ciri pengesanan yang memberitahu kelompok bebuli vaksin tepat yang digunakan bagi vaksinasi.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia, S'pura guna teknologi blok rantai bagi sijil vaksinasi COVID-19

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Mar 2021 04:52PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 04:53PM

KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi digital COVID-19 di Malaysia dan Singapura terjamin oleh teknologi blok rantai dan akan mempunyai ciri pengesanan yang memberitahu kelompok bebuli vaksin tepat yang digunakan bagi vaksinasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Selasa (23 Mac) setelah bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan di Putrajaya.

"Kedua-dua Malaysia dan Singapura menggunakan teknologi blok rantai bagi tujuan ini (untuk mengeluarkan sijil vaksin)," kata Encik Khairy.

"Saling kendali antara sistem pensijilan digital yang digunakan kedua-dua negara sangat penting terutama dengan mengambil kira piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan negara-negara lain," katanya.

Kedua-dua menteri juga membincangkan rancangan vaksinasi Malaysia dan Singapura, perkongsian amalan-amalan terbaik dan bagaimana ini akan memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara dalam jangka masa terdekat.

Dr Balakrishnan tiba di Malaysia pada Selasa bagi lawatan dua hari.

Semasa lawatan itu, beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan berjumpa dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Hishammuddin Hussein.

Dr Balakrishnan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (24 Mac).

Sumber : Bernama/Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan