Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

M'sia mungkin laksanakan VEP di Koswe, Linkedua hujung tahun ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas semua kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui Koswe dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), bermula hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Sep 2018 10:29PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 11:25PM

PONTIAN, Johor: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas semua kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui Koswe dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), bermula hujung tahun ini.

Ketua Pengarah JPJ Seri Saharuddin Khalid berkata sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Saya sedang menunggu laporan akhir dan dijangka diterima Oktober ini sebelum mendapat kata putus daripada kementerian.

“Pelaksanaan ini tidak memberi tekanan kepada negara sempadan memandangkan ia hanya melibatkan urusan kita dan sempadan kita,” katanya kepada para wartawan.

VEP sebelum ini ditangguhkan kerajaan Malaysia kerana mahu menyeragamkan pelaksanaan di Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan