M'sia bayar pampasan HSR S$102.8 juta kepada S'pura
Malaysia sudah membayar sebanyak S$102.8 juta kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembinaan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah membayar sebanyak S$102.8 juta kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembinaan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.
Kedua-dua negara sudah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut menyusuli proses pengesahan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
Jumlah tersebut juga mewakili penyelesaian penuh serta akhir berkaitan pembatalan Perjanjian Dua Hala bagi Projek HSR pada 31 Dis 2020, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin (29 Mac).
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia dan Singapura turut menegaskan untuk kekal komited terhadap usaha bagi memelihara hubungan baik serta menjalin kerjasama erat demi kepentingan bersama rakyat masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.