Skip to main content

Singapura

M³ perluaskan program siri SHIOK kepada keluarga banduan secara percuma

Anggota keluarga para banduan serta bekas banduan kini boleh menyertai beberapa program bantu diri secara percuma di bawah siri kursus dinamakan SHIOK.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota keluarga para banduan serta bekas banduan kini boleh menyertai beberapa program bantu diri secara percuma di bawah siri kursus dinamakan SHIOK.

Ini menyusuli perluasan rangka kerja M³ yang menyaksikan PA MESRA bakal menaja sepenuhnya kos kursus itu bagi golongan berkenaan.

Lebih 5,000 penduduk Melayu/Islam menyertai siri kursus SHIOK di kelab masyarakat merata negara pada tahun lalu.

Dengan pengumuman pada Sabtu (1 Nov) jumlah itu dijangka bertambah lagi.

Ini adalah sebahagian daripada usaha M³ untuk menumpukan perhatian terhadap menyediakan sokongan menyeluruh kepada individu dan keluarga yang lemah serta berisiko.

Para penerima bantuan boleh memanfaatkan kursus seperti kemahiran kewangan, pembelajaran secara maya serta senaman.

"Ini adalah aspek-aspek yang telah kita fikirkan dan akan memberikan sokongan kepada keluarga seperti ini dan bagaimana kita juga boleh mengukuhkan keluarga ini supaya apabila mereka yang di dalam penjara keluar dan balik kepada keluarga mereka, mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim.

Beliau juga menekankan peri pentingnya kesan daripada sokongan yang disediakan dalam kursus siri SHIOK itu.

Selain meraih manfaat dari segi mendapatkan kemahiran baru, Dr Faishal menambah bahawa kesan sampingan di bawah perluasan sokongan itu adalah bagaimana masyarakat memainkan peranan dalam membangunkan keluarga-keluarga berisiko yang lebih kukuh.

Beliau berkata: "Ini bukan saja memberikan sokongan dari segi ilmu yang mereka mahu mendapatkan tetapi sokongan dari hati ke hati yang mana kita menunjukkan kita prihatin. Saya rasa ia akan mencetus perasaan yang mana mereka rasa mereka terjaga."

Beliau menambah bahawa antara rancangan masa depan adalah untuk melaksanakan usaha tersebut di bandar-bandar M³ yang lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita