Skip to main content

Singapura

M³ Does Digital sasar golongan belia Melayu/Islam di Pasir Ris-Punggol

Masyarakat Melayu/Islam dari semua peringkat usia, khususnya bagi mereka yang menetap di GRC Pasir Ris-Punggol, dipelawa untuk menyertai sebuah program penyerapan digital yang diberi nama 'M³ Does Digital'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam dari semua peringkat usia, khususnya bagi mereka yang menetap di GRC Pasir Ris-Punggol, dipelawa untuk menyertai sebuah program penyerapan digital yang diberi nama 'M³ Does Digital'.

Program ini dilakar sedemikian rupa agar ia dapat memanfaatkan para penduduk Melayu/Islam yang menetap di kawasan tersebut.

Ia juga adalah sebahagian daripada program 'Pasir Ris East Goes Digital' yang dilancarkan di Kelab Masyarakat Pasir Ris East pada pagi Sabtu (26 Dis).

M³ Does Digital adalah sebuah program berdasarkan masyarakat anjuran M³@Pasir Ris yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kepekaan dan pengetahuan digital.

Ini selain memperluaskan pendedahan belia Melayu/Islam kepada STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Melalui pelbagai kegiatan yang menggalak penggunaan wadah dan peralatan digital dalam kalangan belia dan warga tua, pihak penganjur berharap kegiatan-kegiatan itu akan dapat merangsang minat generasi inovator seterusnya untuk lebih celik IT dan bersemangat.

Menerusi program penyerapan itu, para belia Melayu/Islam dan keluarga mereka akan belajar tentang teknik-teknik di sebalik teknologi robotik, pencetakan 3D dan kejuruteraan melalui Realiti Maya (VR).

Selain itu, mereka juga berpeluang menyertai bengkel Kesejahteraan dan Keselamatan yang menumpukan perhatian kepada isu-isu semasa seperti buli siber dan antun seksual online.

Bagi warga tua pula, Duta Pejabat Digital Singapura bersama dengan relawan akar umbi dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu MAEC Pasir Ris East dan Pasir Ris Elias akan menunjukkan cara-cara untuk membuat pendaftaran bagi menempah slot solat menggunakan sistem pendaftaran masjid.

Mereka juga akan menunjukkan cara-cara menggunakan kod QR untuk membuat pembayaran elektronik dan pelbagai bentuk pembayaran online yang disediakan.

Selain itu, Mendaki SENSE juga akan memberikan nasihat bimbingan kerjaya yang disesuaikan serta program-program latihan SkillsFuture bagi mereka yang sedang mencari kerja. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita