Lumba Bahasa: Arena Bestari bertujuan pupuk minat bahasa, eratkan kerjasama 50 pelajar
Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Rendah West View muncul juara Lumba Bahasa: Arena Bestari 2026.
SINGAPURA: Bahasa Melayu dihidupkan menerusi acara Lumba Bahasa: Arena Bestari 2026 yang mengasah komunikasi, kerjasama dan penyelesaian masalah di kalangan para pelajar.
Diadakan di Kelab Masyarakat Zhenghua pada Sabtu (22 Ogos), inisiatif yang menghimpunkan lebih 50 pelajar Darjah 3 dan 4 itu turut mengeratkan kerjasama sekolah dan masyarakat dalam memupuk minat terhadap bahasa serta warisan Melayu.
Daripada merungkai watak misteri, hingga mentafsirkan soalan menerusi jawapan yang diberi.
Semua aktiviti berkenaan menguji kemahiran Bahasa Melayu para pelajar selain memahami semangat berpasukan.
ERATKAN KERJASAMA ANTARA SEKOLAH, MASYARAKAT
Sebanyak enam stesen permainan disediakan buat para pelajar bagi menguji kemahiran Bahasa Melayu mereka menerusi aktiviti yang lebih interaktif.
Acara tersebut dirancang bersama oleh kedua-dua sekolah.
Menurut Guru Sekolah Rendah Beacon Siti NurHamizah Mohd Ebrahim, sukarelawan pelajar dan alumni dari Program Elektif Bahasa Melayu Maktab Rendah Jurong Pioneer merancang aktiviti daripada awal.
Mereka kemudian bergabung bersama pelajar darjah lima Sekolah Rendah Beacon untuk bersama menjadi fasilitator bagi menjalankan pertandingan.
Beliau menambah: "Jadi untuk acara ini sebenarnya kami menggabungkan tenaga pelajar dari kedua-dua sekolah.Kita ingin tekankan sifat mandiri pelajar. Jadi untuk murid-murid darjah 5 kami, mereka dapat belajar bagaimana untuk menjadi fasilitator yang baik daripada para pelajar Maktab Rendah Jurong Pioneer. "
Kolaborasi tersebut diharapkan dapat memberi peluang untuk pelajar belajar sifat kepimpinan, serta memupuk hubungan yang lebih erat antara sekolah-sekolah dan masyarakat yang lebih luas.
Iesyaa Aaleyah Amir Sahid, pelajar dari Sekolah Rendah Beacon berkata: "Saya belajar untuk memimpin para peserta dan juga menjadi seorang lebih sabar dan bertanggung jawab. Semasa acara itu saya juga belajar untuk bekerjasama dengan pelajar PJJC."
Acara itu turut merupakan kali pertama ketiga-tiga MAEC Bukit Panjang, Senja-Cashew and Zhenghua bergabung, bagi menyokong usaha sempena Bulan Bahasa.
Cik Hamizah berkata: "Pihak MAEC bergabung tenaga buat kali pertama untuk menyokong inisiatif ini kerana mereka ingin mengiktiraf kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat kerana mereka sedar bahawa bahasa itu merupakan sebahagian besar identiti kita dalam masyarakat."
Setelah dua jam memerah otak, para pelajar dari Sekolah Rendah West View muncul juara.
"Stesen-stesen itu ada yang mencabar. Saya rasa stesen-stesen itu seronok kerana kita dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kita," kata Muhammad Wayeez Abuzar, salah seorang pelajar Sekolah Rendah West View.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.