Lulusan SMU giat bantu pekerja hijrahan, perluaskan perspektif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seperti ribuan lulusan lain, Siti Noormasliana Noorazman mengenakan jubah konvokesyen dan menutup lembaran empat tahun pengajiannya di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Namun, jika ditanya apakah perkara paling berharga yang dibawanya keluar daripada universiti, jawapannya bukan segulung ijazah.
Sebaliknya, satu perspektif baharu tentang manusia, khususnya masyarakat pekerja hijrahan.
LULUSAN SMU UBAH PERSPEKTIF TENTANG PEKERJA HIJRAHAN
Siti Noormasliana merupakan antara 215 lulusan Sekolah Sains Sosial (SOSS) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di SMU Hall, Yong Pung How School of Law pada Khamis (30 Jul).
Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan pengkhususan dalam Sains Politik dan Pengurusan Komunikasi.
Berkongsi kepada BERITA Mediacorp, Siti Noormasliana masih ingat tentang syarat universiti untuk para penuntut melengkapkan 80 jam khidmat kemasyarakatan.
Namun, ia bukan sahaja menjadi keperluan untuk beliau.
Ia akhirnya membawa lulusan berusia 25 tahun itu mendampingi masyarakat pekerja hijrahan, sekali gus mengajarnya untuk tidak dipengaruhi sikap pandang serong.
"Apabila kita menyebut 'pekerja hijrahan', istilah itu sendiri membawa satu definisi tertentu, iaitu seseorang yang datang dari negara lain atau mempunyai pekerjaan yang khusus. Tetapi kita tidak begitu melihat mereka sebagai seorang manusia.
"Saya belajar bahawa kita perlu mengubah cara kita bercakap tentang pekerja hijrahan supaya kita dapat melihat mereka dengan cara yang lebih positif," tambah lulusan SMU itu lagi.
Perubahan perspektif itu tidak berlaku dalam sehari, malah ia terbentuk menerusi Projek Candela, sebuah inisiatif yang ditubuhkan beliau bersama beberapa rakan pada tahun pertamanya di SMU.
Melalui pelbagai sesi interaksi dan pertukaran budaya, inisiatif itu menghimpunkan sekitar 20 mahasiswa dan sekitar 30 pekerja hijrahan dari asrama Kranji.
"Selalunya pekerja hijrahan menetap di dormitori yang jauh daripada rumah-rumah HDB kita. Ramai pelajar juga tidak begitu mengenali mereka kerana tidak banyak peluang untuk berinteraksi. Jadi, projek ini ditubuhkan untuk mendekatkan pelajar dengan pekerja-pekerja hijrahan," jelasnya.
Siti Noormasliana mengakui beliau sebelum ini mempunyai tanggapan terhadap pekerja hijrahan yang tidak jauh berbeza daripada persepsi umum masyarakat.
"Apabila kita memikirkan tentang pekerja hijrahan di Singapura, kita fikir mereka selalunya bekerja dalam bidang pembinaan.
"Tetapi sebenarnya mereka berasal daripada pelbagai latar belakang, mendapat pendidikan di negara asal masing-masing sebelum datang ke Singapura untuk bekerja," ujar beliau yang merupakan anggota jawatankuasa projek tersebut pada 2022 dan 2023.
Menerusi interaksi bersama mereka, Siti Noormasliana mempelajari tentang asal usul dan keluarga yang ditinggalkan.
Kini, penyelidik sepenuh masa di Institut Pengajian Dasar (IPS) Universiti Nasional Singapura (NUS) itu berharap pengalaman sepanjang empat tahun di SMU akan terus membentuk cara beliau berkhidmat kepada masyarakat.
"Sepanjang empat tahun di SMU, saya mengendalikan pelbagai projek berkaitan inklusiviti. Kini, saya berkhidmat dalam bidang penyelidikan, yang turut memberi peluang kepada saya untuk meneruskan usaha tersebut," ujarnya.
Tahun ini, lebih 3,800 graduan daripada program sarjana muda, pos siswazah dan kedoktoran diraikan sempena Majlis Konvokesyen SMU 2026.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.