Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lulusan baharu politeknik hadapi cabaran dapat kerja, namun raih gaji lebih tinggi pada 2024

Lulusan baharu politeknik yang mendapat pekerjaan sepenuh masa pada tahun 2024 dibayar gaji lebih tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lulusan baharu politeknik hadapi cabaran dapat kerja, namun raih gaji lebih tinggi pada 2024

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 13 Jan 2025 11:12PM Dikemas Kini : 13 Jan 2025 11:13PM
SINGAPURA: Lulusan baharu politeknik yang mendapat pekerjaan sepenuh masa pada tahun 2024 dibayar gaji lebih tinggi.

Ini walaupun tidak ramai yang berjaya mendapatkan pekerjaan.

Demikian hasil tinjauan terhadap lebih 5,769 graduan baharu dari lima politeknik tempatan.

Lulusan politeknik dari kohort 2024 meraih gaji lebih tinggi berbanding kohort-kohort sebelumnya.

Gaji lulusan politeknik meningkat setiap tahun sejak 2020, di mana median gaji kasar bulanan adalah S$2,400.

Tahun lalu, jumlah itu mencecah S$2,900.

Graduan politeknik yang meraih Diploma Sains Kesihatan, Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Teknologi Digital dan Maklumat mendapat gaji lebih tinggi berbanding rakan-rakan sekohort.

Mereka yang menerima gaji paling rendah pula adalah dari kursus Sains dan Seni, Reka Bentuk dan Media.

Sementara itu, ada sesetengah lulusan yang sukar mencari pekerjaan di tengah-tengah pertumbuhan pekerjaan yang perlahan pada tahun lalu.

Sekitar 80 peratus lulusan politeknik berjaya mendapatkan pekerjaan pada tahun lalu, merosot berbanding 90 peratus pada tahun sebelumnya.

Dalam kalangan lulusan politeknik yang ditinjau, sekitar suku daripadanya mendapat pekerjaan separuh masa dan pekerjaan sementara.

Sejumlah besar lulusan politeknik juga bekerja sambil melanjutkan pelajaran.

Menurut salah seorang pendidik, para majikan lebih menghargai graduan politeknik kerana mereka dilengkapi dengan kemahiran industri yang relevan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Menurutnya, para pelajar politeknik berpeluang menimba kemahiran itu dengan melakukan pekerjaan dengan syarikat-syarikat dalam beberapa projek.

Bagi membantu lulusan politeknik di masa hadapan, politeknikn kini meneroka kemungkinan membolehkan pelajar menjalani latihan amali untuk tempoh lebih lama sehingga setahun, berbanding enam bulan secara lazimnya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan