Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lubang di jalan raya Geylang sebabkan lorong ditutup

Kerja pembaikan telah dilakukan ke atas sebuah lubang di sebatang jalan raya di Geylang yang dikesan pada pagi Jumaat (25 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lubang di jalan raya Geylang sebabkan lorong ditutup

Kerja pembaikan telah dilakukan ke atas sebuah lubang di sebatang jalan raya di Geylang.

Diterbitkan : 25 Oct 2019 10:13PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 10:16PM

SINGAPURA: Kerja pembaikan telah dilakukan ke atas sebuah lubang di sebatang jalan raya di Geylang yang dikesan pada pagi Jumaat (25 Okt).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan pada sekitar 11 pagi mengenai sebuah lubang di lorong tengah Geylang Lorong 22 dari Aljunied Road menghala ke Guillemard Road.

Dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp, pihak berkuasa itu menambah bahawa lorong yang terjejas itu "ditutup serta merta" dan kerja pembaikan dimulakan.

Gambar-gambar yang tersebar online menunjukkan sebuah lubang di lorong tengah jalan raya itu di hadapan kondominum Grandview Suites.

Lubang itu kelihatan sebesar satu pertiga saiz sebuah lorong. Sebuah bangku diletak di hadapannya untuk memberi amaran kepada para pemandu mengenai laluan terhadang itu.

"Kerja pembaikan selesai pada sekitar pukul 6.00 petang," menurut LTA, sambil menambah bahawa lorong itu kemudian dibuka semula kepada trafik.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi relevan untuk menyiasat punca insiden itu," menurut LTA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan