Luar biasa! 4 beradik ini lahir pada tarikh yang sama - 6 Sep - tapi tahun berlainan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam kalangan anggota keluarga, menjadi perkara biasa apabila seorang dua memiliki tarikh lahir yang sama. Tetapi bagi sebuah keluarga ini bukan dua, bukan tiga sebaliknya empat orang sekali gus memiliki tarikh lahir yang sama!
Ini sesuatu yang menakjubkan kerana kesemua empat orang itu adalah adik beradik bukan kembar dan dilahirkan secara normal - bukan pembedahan.
Mereka adalah anak kepada pasangan suami isteri Salihin Ahmad Perbah, 49 tahun dan Khairunnisa Abdul Karim, 39 tahun.
Jarak usia antara tiga orang anak sedia ada adalah dua tahun dan semuanya dilahirkan pada tarikh 6 September.
Itu sahaja sudah agak luar biasa, bukan?
Pada Rabu (6 Sep), pasangan itu menimang seorang lagi anak dan tarikh lahirnya...ya, 6 September!
Empat adik beradik itu ialah Shahin Khalish 12 tahun (2011), Sairish Khaila 10 tahun (2013), Shaila Kheisha lapan tahun (2015) dan yang terbaru Shaira Khaira.

"Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan, Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
"Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama," cerita Encik Salihin mengenai anak keempat dengan berat 2.91 kilogram yang dilahirkan pada pukul 12.18 tengah hari.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph, merupakan doktor yang menyambut kelahiran semua empat anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa di Hospital Raffles.

HADIAH HAMPIR SEPARUH BILIK
Bagi tiga anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa, kelahiran adik bongsu mereka ibarat hadiah hari jadi yang tiada tolok bandingnya.
Manakan tidak, mereka "memang selalu minta nak adik" dan dapat adik pula pada tarikh yang sama dengan hari lahir mereka.
"Mereka kata semua hadiah yang mereka dapat nak beri 'baby' baru sebab mereka sudah puas dengan semua hadiah," kongsi Encik Salihin mengenai telatah anak-anaknya itu.

Menceritakan tentang sambutan hari jadi mereka, Encik Salihin menyifatkannya sebagai "memang meriah".
"Setiap kali kami menyambut hari lahir memang meriah, terutama sekali (selepas anak) yang ketiga. Hadiah yang kami dapat hampir-hampir setengah bilik mereka," cerita Encik Salihin kepada BERITA Mediacorp.
Dengan kehadiran anak keempat, yang sama tarikh lahir, Encik Salihin merancang untuk pergi bercuti sekeluarga pada hari lahir mereka.
"Insya-Allah (dengan anak) yang keempat ini mungkin kami nak pergi bercuti sahaja. Memang saya rancang nak bercuti untuk hari jadi anak-anak tahun ini. Tapi bila dapat tahu isteri mengandung, saya tunda tahun depan," tambah Encik Salihin.
HUJAN SEBELUM PELANGI
Di sebalik kegembiraan Encik Salihin dan isteri hari ini, tersembunyi kisah duka diuji dengan kehilangan bayi dalam kandungan satu ketika dahulu.
Pada 2009, pasangan itu direzekikan dengan kehamilan anak pertama.
Namun, semasa kandungan berusia sekitar 30 minggu, Cik Khairunnisa berasa seperti ada yang tidak kena apabila tidak lagi rasa pergerakan bayi dalam perut.
Beliau dan Encik Salihin bergegas ke hospital untuk berjumpa Dr Jazlan.
Selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, keghairahan meniti hari demi hari untuk menyambut anak pertama bertukar menjadi berita yang amat perit untuk ditelan.
Bayi dalam kandungan sudah tidak lagi bernyawa, disyaki terbelit tali pusat.
Seperti lazimnya, pelangi muncul selepas hujan.
Berkat keredaan dan kesabaran mereka, duka Encik Salihin dan isteri kini digantikan dengan satu demi satu cahaya mata.
"Memang sedih sangat-sangat tapi ramai yang beri kami nasihat dan beri kata-kata yang positif. Jadi alhamdulillah dengan kesabaran dan ketabahan kami , Allah S.W.T kurniakan kami anak bertubi-tubi," kata Encik Salihin.
"PERTAMA KALI DALAM 22 TAHUN"
Menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp, Dr Jazlan berkata adik beradik, bukan kembar, yang dilahirkan pada tarikh sama adalah fenomena yang "amat jarang berlaku".

"Anda mungkin pernah dengar tentang dua atau tiga bayi dalam satu keluarga yang dilahirkan pada tarikh sama. Namun untuk empat atau lebih anak dengan tarikh sama adalah sangat sangat jarang berlaku.
"Terutama sekali jika bayi itu dilahirkan secara normal. Jika secara pembedahan, tarikhnya boleh dirancang tetapi melahirkan secara normal bukan mudah untuk rancang," kongsi Dr Jazlan.
Dr Jazlan juga berkata kelahiran semua empat anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa pada tarikh sama merupakan pengalaman "pertama dalam sejarah 22 tahun" beliau sebagai pakar sakit puan.
"Sesetengah pakar sakit puan tidak akan pernah meraih pengalaman amat jarang berlaku ini sepanjang kerjaya mereka," kata Dr Jazlan, yang turut memuat naik berita gembira pasangan tersebut ke akaun media sosial beliau.

Apabila ditanya sama ada beliau menjangka bahawa bayi keempat pasangan itu mungkin dilahirkan pada tarikh sama selepas melihat persamaan itu pada tiga anak sebelum ini.
"Tidak sama sekali. Selepas anak kedua, saya fikir apakah kemungkinan anak ketiga mereka dilahirkan pada tarikh sama. Akhirnya perkara luar biasa ini berlaku.
"Selepas anak ketiga, pasangan itu ingatkan mereka tidak akan ada anak lagi. Kemudian mereka hamil anak keempat dan sekali lagi perkara menakjubkan ini berlaku. Bayi keempat juga berkongsi tarikh lahir dengan abang dan kakaknya," cerita Dr Jazlan.
ANAK KELIMA JUGA 6 SEPTEMBER?
Diminta reaksinya terhadap soalan hipotetikal mengenai kemungkinan dikurniakan seorang lagi anak pada masa akan datang, juga dengan 'tarikh keramat' 6 September, ini respons Encik Salihin:
"Hhhmmmm....Rezeki Allah S.W.T, jadi kami bersyukur dan terima seadaanya."
Menzahirkan harapan beliau dan isteri terhadap empat anak mereka, Encik Salihin berkata: "Semoga anak-anak saya semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat....Anak-anak yang soleh dan solehah. Berbakti pada keluarga, agama dan negara."

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.