Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Luangkan masa lapang semasa COVID-19 untuk timba kemahiran baru membesarkan anak, gesa Dr Faishal

Pandemik COVID-19 mengubah cara kita bekerja dan meluangkan masa senggang lebih-lebih lagi sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan ini sekarang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Luangkan masa lapang semasa COVID-19 untuk timba kemahiran baru membesarkan anak, gesa Dr Faishal

(Gambar: Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Pandemik COVID-19 mengubah cara kita bekerja dan meluangkan masa senggang lebih-lebih lagi sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan ini sekarang.

Dengan lebih banyak keluarga duduk di rumah bersama, Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata ini adalah peluang baik untuk ibu bapa menimba kemahiran baru tentang cara bagaimana untuk mengasuh anak-anak kecil mereka terutamanya. Ini terutama sekali buat para ibu bapa kali pertama dan mereka yang mungkin mempunyai bantuan jagaan kanak-kanak terbatas.

Menulis di laman Facebooknya hari ini (18 Apr), Dr Faishal memetik perumpaan "we are what we eat" yang bermaksud pemakanan kita membentuk kesejahteraan diri kita. Beliau menekankan tabiat pemakanan yang sihat dalam diri kanak-kanak kecil boleh membantu mereka membesar dan membangunkan sistem kekebalan yang kuat.

"Ini juga masa yang baik untuk mengajar anak-anak tentang pentingnya hidangan sudu dan pinggan berasingan semasa waktu makan," kata Dr Faishal.

"Saya menggesa ibu bapa untuk meninjau-ninjau sumber keibubapaan yang tersedia di luar sana seperti Baby Bonus Parenting Resources untuk mempelajari tip relevan dalam membantu anak-anak mereka kekal sihat."

Beliau menambah ibu bapa juga boleh melungsuri laman Facebook Families for Life untuk mengetahui lebih banyak maklumat berhubung makanan yang boleh meningkatkan tahap kekebalan, nutrisi buat ibu yang menyusu badan selain bagaimana untuk menguruskan tabiat pemakanan cerewet si cilik.

Penolong Profesor di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mary Chong, akan berkongsi secara live mengenai tip tersebut menerusi laman Facebook itu pada 20 dan 27 April serta 4 Mei, jam 7.00 malam.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan