LTA uji gantri pengecaman wajah di stesen MRT Punggol Coast
Sebuah gantri di stesen MRT Punggol Coast dengan skrin dipasang di atasnya dan tanda "zon mengesan pengecaman wajah". (Gambar: CNA/Fabian Koh)
Mediacorp berkunjung ke stesen itu yang terletak di daerah bijak pertama Singapura, pada Rabu (29 Jul) untuk meninjau penggunaan gantri tersebut.
Jurucakap LTA berkata gantri yang diubah suai itu merupakan sebahagian daripada percubaan teknologi pengecaman wajah bagi pembayaran tambang, melibatkan kumpulan terpilih pegawai LTA dan sektor awam lain.
Profil wajah peserta dipautkan pada kad SimplyGo mereka, sekali gus membolehkan mereka keluar masuk dari stesen MRT Punggol Coast menggunakan imbasan wajah.
Peserta masih boleh keluar masuk dari stesen MRT lain seperti biasa menggunakan kad SimplyGo yang dipautkan.
LTA menyatakan tiada rancangan untuk meluaskan percubaan itu buat masa ini kerana ia masih di peringkat awal.
Kawasan "zon pengecaman wajah" berwarna biru turut ditandakan di hadapan setiap gantri untuk membimbing pengguna berdiri di lokasi yang ditetapkan sebelum melihat ke arah kamera.
Kakitangan stesen berkata, gantri itu dipasang sekitar seminggu sebelum kunjungan Mediacaorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.