Skip to main content

Singapura

LTA uji 'butang tanpa sentuh' baharu di 4 lintasan pejalan kaki

Anggaran Waktu Membaca:
LTA uji 'butang tanpa sentuh' baharu di 4 lintasan pejalan kaki

(Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat)

Diterbitkan : 11 Aug 2023 01:03PM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan secara bertahap-tahap memasang "butang tanpa sentuh" baharu di empat lintasan pejalan kaki, sebagai sebahagian daripada percubaan untuk menilai penggunaan sensor tanpa sentuh.

Daripada menekan butang untuk mengaktifkan lampu hijau, pejalan kaki di lintasan tersebut hanya perlu melambaikan tangan ke arah sensor. Sensor menggunakan gelombang mikro itu akan mengaktifkan lampu hijau.

Ujian itu akan berlangsung selama enam bulan akan datang, menurut LTA dalam catatan Facebooknya pada Khamis (10 Ogos).

Lokasi sensor tanpa sentuh itu adalah di: Serangoon Road berdekatan Penghubung Taman Kallang, Fernvale Lane berdekatan Sekolah Rendah Fernvale, Bukit Batok Street 31 berdekatan Sekolah Rendah Dazhong dan Circuit Road berdekatan pusat penjaja.
Sensor tersebut juga dipasang di empat lokasi - Jalan Besar berdekatan Syed Alwi Road, Tampines Street 86 berdekatan Blok 879A, Bukit Batok Street 32 berdekatan Sekolah Rendah St Anthony dan Yishun Street 21 berdekatan Blok 219.

Pada Khamis, pihak itu menyatakan ia akan "menilai keberkesanan kedua-dua jenis sensor itu sebelum menentukan rancangan pada masa hadapan."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita