Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA tinjau guna dron secara meluas bagi pertingkat kecekapan

Lebih 80 pekerja Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pula menjalani latihan dalam operasi dron. LTA bercadang menambah jumlah itu kerana ia mahu menyelaras operasi dengan bantuan alat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
LTA tinjau guna dron secara meluas bagi pertingkat kecekapan

Dron ini diuji agensi-agensi sektor awam di Singapura. (Gambar: Linette Lim)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 08:03PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 08:05PM

SINGAPURA: Lebih 80 pekerja Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pula menjalani latihan dalam operasi dron. LTA bercadang menambah jumlah itu kerana ia mahu menyelaras operasi dengan bantuan alat itu.

Rancangan tersebut dikongsi dalam persidangan pertama Teknologi Dron di ITE petang tadi (23 Jan). Dalam persidangan tersebut, para pemain industri berkongsi pandangan mereka mengenai kemajuan bidang dron di negara ini.

Para pekerja LTA mula mengikuti latihan operasi dron pada Januari 2017. Mereka mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk lulus penilaian kecekapan Penguasa Penerbangan Awam Singapura. Tiga kumpulan pekerja LTA sudahpun selesai menjalani latihan itu.

Pihak berkuasa kini meninjau kemungkinan menambah penggunaan dron bagi meningkatkan kecekapan. Dron sudahpun digunakan bagi kerja-kerja memeriksa terowong-terowong bawah tanah.

Kerja itu dapat dilakukan lebih pantas - daripada 3 jam kepada hanya 30 minit untuk memeriksa terowong sepanjang 3 kilometer.

Ia juga lebih selamat. Bagaimanapun, para pengendalinya perlu mempunyai kemahiran teknikal untuk menerbangkan dron di ruang yang sempit dan tidak mempunyai isyarat GPS.

LTA kini meninjau pula kemungkinan menggunakan dron bagi membuat model 3D tapak-tapak binaan agar ukurannya dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat.

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan