Skip to main content

Singapura

LTA siasat kes penunggang basikal elektrik berlumba di beberapa lokasi

Anggaran Waktu Membaca:
LTA siasat kes penunggang basikal elektrik berlumba di beberapa lokasi

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 20 Apr 2024 09:44AM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menyiasat kes video di media sosial, di mana beberapa individu menaiki basikal elektrik sedang berlumba dengan kelajuan tinggi.

Dalam respons kepada Mediacorp [ada Jumaat (19 April), LTA menyatakan ia sudah meningkatkan usaha penguatkuasaannya di kawasan tersebut.

Satu video selama seminit yang dimuat naik ke akaun Facebook SG Road Vigilante pada Isnin (15 Apr) menunjukkan sekurang-kurangnya empat individu sedang berlumba dengan basikal elektrik mereka di jalan yang kosong.

Kapsyen di catatan tersebut mendakwa bahawa basikal elektrik itu diubah dan bergerak dengan kelajuan 140 kilometer sejam di Changi Coast Road.

Satu lagi bahagian video itu menunjukkan individu terbabit menunggang basikal elektrik dengan kelajuan tinggi di penghubung taman di Bay East Garden, Marina Bay.

LTA mengambil pendirian serius terhadap individu yang membahayakan orang lain dengan perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Semua pengguna alat mobiliti harus mematuhi peraturan, yang sudah dikuatkuasakan untuk memastikan keselamatan semua orang.

"Ini termasuk menunggang alat mobiliti mereka dengan cara yang selamat di laluan atau laluan yang betul, mengikuti had kelajuan dan memastikan alat yang digunakan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan."
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita