LTA siasat isu teknikal jejas sistem ETA bas
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Rabu (21 Jan) bahawa ia sedang menjalankan siasatan berhubung isu teknikal yang menjejas sistem anggaran waktu ketibaan (ETA) bas.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Rabu (21 Jan) bahawa ia sedang menjalankan siasatan berhubung isu teknikal yang menjejas sistem anggaran waktu ketibaan (ETA) bas.
Sistem itu menyediakan masa ketibaan bas yang dipaparkan di perhentian bas dan pusat pertukaran bas, serta pada aplikasi seperti MyTransport.SG.
Isu tersebut menyebabkan masa ketibaan bas yang tidak tepat dan tempoh menunggu yang lama dipaparkan di perhentian bas dan pusat pertukaran bas, menurut LTA dalam satu kenyataan.
“Operasi bas tidak terjejas, dan semua perkhidmatan terus beroperasi pada kekerapan yang ditetapkan,” tambah LTA.
Menurut LTA, ia mula mengesan isu itu pada 10 Januari. Ketidaktepatan selanjutnya dikesan pada minggu berikutnya.
Siasatan awal menunjukkan terdapat isu teknikal pada sistem dalam kenderaan bagi sesetengah bas, yang menjejas anggaran masa ketibaan bas.
Sistem ETA menjana anggaran waktu ketibaan bas di setiap perhentian bas berdasarkan maklumat yang dihantar oleh peralatan di dalam bas.
Anggaran itu dimaklumkan kepada para penumpang menerusi paparan maklumat elektronik di perhentian bas dan pusat pertukaran bas, aplikasi serta aplikasi pihak ketiga lain melalui LTA DataMall.
“Para jurutera kami dan kontraktor sistem ETA sedang bekerjasama dengan pengendali bas untuk membetulkan isu ini dengan secepat mungkin. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami,” kata LTA.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.