LTA, SCDF akan kumpul pandangan tentang reka bentuk plat khas untuk kereta EV
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan elektrik yang sedang dicas. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mendapatkan maklum balas daripada pengedar kenderaan, bengkel dan pemilik kenderaan elektrik mengenai tiga reka bentuk yang dicadangkan untuk plat nombor EV.
Ini menyusuli pengumuman baru-baru ini di parlimen bahawa pemerintah sedang mengkaji penggunaan plat nombor berbeza untuk membantu anggota bomba mengenal pasti dan mengurus kebakaran EV dengan mudah.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pada Isnin (23 Mac) bahawa mereka akan menjalankan perbincangan kumpulan fokus dan tinjauan online selama sebulan, bermula pada hujung Mac.
Tiga reka bentuk plat nombor tersebut berwarna hijau.

"Semasa menghasilkan reka bentuk yang sesuai untuk plat lesen EV, LTA dan SCDF memastikan ia nampak jelas dan mudah dikenal pasti," menurut agensi-agensi tersebut.
"Tiga reka bentuk yang diusulkan dilakarkan agar mudah dikenal pasti oleh responden pertama serta kamera trafik dan penguatkuasaan," tambah agensi-agensi tersebut.
"Reka bentuk muktamad juga akan mengambil kira keperluan operasi agensi pemerintah."
Pihak berkuasa juga akan meminta pendapat tentang cadangan penggunaan pelekat atau tanda khas untuk kenderaan EV yang bersaiz besar.
Buat masa ini tiada rancangan untuk memasang plat lesen berbeza untuk motosikal elektrik dan kenderaan hibrid-elektrik kerana baterinya biasanya jauh lebih kecil dan menimbulkan risiko yang lebih rendah sekiranya berlaku kemalangan, menurut LTA dan SCDF.
"Kami akan terus memantau perkembangan dengan teliti dan menyemak pengecualian ini jika perlu," tambah mereka.
Pihak berkuasa juga akan mengumpul maklum balas daripada pemilik kereta EV dan kereta hibrid (PHEV).
"Masa yang mencukupi akan diberikan untuk pemilik EV dan PHEV sedia ada untuk menggantikan plat lesen kenderaan semasa mereka," menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa butiran lanjut tentang pendekatan reka bentuk dan pelaksanaan yang dimuktamadkan akan diumumkan pada separuh kedua tahun 2026.
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Edwin Tong, berkata di parlimen bulan lalu bahawa walaupun kebakaran EV kurang berkemungkinan berlaku berbanding kenderaan enjin bahan api, EV menimbulkan risiko yang berbeza apabila ia terbakar dan memerlukan pendekatan pengurusan yang berbeza.
Bilangan EV di jalan raya Singapura meningkat saban tahun. Menjelang hujung 2025, EV membentuk 7.4 peratus jumlah keseluruhan kereta di sini, hampir dua kali ganda daripada 4 peratus yang direkodkan pada tahun 2024.
EV juga membentuk kira-kira 45 peratus daripada semua kereta baharu yang didaftarkan di Singapura tahun lepas, peningkatan yang ketara daripada 34 peratus tahun sebelumnya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.