LTA rancang kajian seluruh negara pantau kesan bunyi kereta api
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merancang untuk menjalankan kajian mendalam di merata Singapura bagi memantau kesan bunyi bising kereta api terhadap kawasan-kawasan kediaman.
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merancang untuk menjalankan kajian mendalam di merata Singapura bagi memantau kesan bunyi bising kereta api terhadap kawasan-kawasan kediaman.
Demikian menurut LTA dalam satu kenyataan media hari ini (9 Feb).
Kajian itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan kesan bunyi kereta api di kawasan-kawasan kediaman dan menggunakan hasil tinjauan tersebut untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengurangkan bunyi bising kereta api pada masa masa akan datang.
Langkah-langkah yang sudah diambil untuk mengurangkan kesan bunyi bising termasuk pemasangan penghadang bunyi bising, yang mengurangkan bacaan bunyi bising sebanyak 5 desibel.
Menurut LTA, fasa pertama projek untuk memasang penghadang sedemikian mengikut jadual yang ditetapkan dengan lebih 80 peratus alat penghadang bunyi sudah dipasang.
Ia berikutan masa kerja tambahan oleh para jurutera dan kakitangan penyenggaraan dari Disember lalu, yang menurut LTA membantu "menggerakkan momentum" projek tersebut.
"Waktu tambahan ini amat berguna kerana memberikan kakitangan lebih banyak masa untuk melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan peningkatan di landasan, termasuk pemasangan penghadang bunyi," kata LTA.
Di bawah fasa pertama projek itu, 11.5km penghadang bunyi bising dijadual dipasang di 25 lokasi merata negeri dengan baki kerja dijangka siap tahun ini.
Kerja-kerja bagi menghasilkan reka bentuk fasa kedua projek itu sedang diteruskan dengan kerja-kerja pemasangan dijangka bermula dalam separuh kedua tahun ini.
Ia melibatkan pemasangan penghadang bunyi bising sepanjang lagi 10km di 20 lokasi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.
LTA juga sudah mula memasang penghadang bunyi bising kereta api di bahagian jejambat yang bermula dari Stesen MRT Lakeside.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.