LTA rampas 19 AMD diubah suai melebihi had laju maksimum dalam operasi sepanjang hari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan menggunakan teknologi yang berupaya mengesan alat mobiliti aktif (AMD) yang diubah suai untuk melebihi had laju maksimum, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berjaya merampas 19 alat mobiliti aktif (AMD) dalam operasi sepanjang hari di Admiralty pada Isnin (23 Februari).
Daripada 19 alat yang tidak mematuhi peraturan itu, lima daripadanya ditangkap menggunakan keupayaan pengesanan kelajuan tersebut.
Sebanyak 36 kesalahan turut dikesan.
Peranti pengukur kelajuan, yang dibangunkan bersama Politeknik Temasek, boleh mengesan alat yang diubah suai untuk melebihi had laju maksimum 25km sejam untuk kedua-dua basikal menggunakan kuasa (PAB) dan alat mobiliti peribadi (PMD).
Alat itu boleh digunakan walaupun AMD tidak bergerak.
Sebelum ini, tindakan penguatkuasaan terhadap alat yang memecut hanya boleh diambil apabila AMD diperhatikan melebihi had laju semasa bergerak, kata LTA.
LTA menyatakan inilah sebabnya ia membangunkan peranti mudah alih yang boleh mengesan pengubahsuaian haram dengan menguji kelajuan maksimum AMD walaupun ia tidak bergerak.
Sejak ia mula digunakan pada November 2025, peranti tersebut menyumbang kepada pengesanan lebih daripada 100 kesalahan dan penyitaan 30 alat yang tidak mematuhi peraturan, tambahnya.
Kira-kira 20 peratus daripada alat yang disita itu mungkin dapat mengelak daripada dikesan jika peranti pengukur kelajuan tidak digunakan.
Pada 2025, LTA merampas kira-kira 900 AMD yang tidak mematuhi piawaian dan mengesan kira-kira 900 kesalahan yang berkaitan dengannya.
Mereka yang sabit kesalahan menggunakan AMD yang tidak mematuhi piawaian boleh didenda sehingga S$10,000 atau dihukum penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang boleh dikenakan denda maksimum S$20,000 atau hukuman penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
PMD dan PAB masing-masing juga mesti mematuhi piawaian keselamatan UL2272 dan EN15194, dengan LTA menyatakan bahawa terdapat 49 kebakaran yang melibatkan AMD tahun lalu.
"Pengubahsuaian haram AMD yang biasa termasuk menggantikan bahagian elektrik seperti hab bateri dan motor dengan komponen pihak ketiga atau bukan komponen asal," katanya.
"Pengubahsuaian sedemikian akan membatalkan pensijilan keselamatan alat dan meningkatkan risiko kebakaran dengan ketara."
LTA menambah bahawa terdapat sekitar 90 kesalahan yang melibatkan peruncit pada 2025, sambil memberi amaran bahawa "pengubahsuaian sedemikian membahayakan pengguna alat itu dan orang awam".

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.