Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

LTA, pengendali tangani kesesakan, komunikasi lebih baik bagi pertingkat perjalanan MRT

Anggaran Waktu Membaca:
LTA, pengendali tangani kesesakan, komunikasi lebih baik bagi pertingkat perjalanan MRT

Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat sedang menjawab pertanyaan parlimen berhubung insiden gangguan khidmat kereta api pada 3 Jun 2024, yang menjejas khidmat antara stesen MRT Choa Chua Kang dan Woodlands MRT. (Gambar fail: Iris Ng/Facebook)

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang bekerjasama dengan pengendali kereta api untuk memperkukuh perancangan pengurusan insiden mereka bagi gangguan perkhidmatan.

Demikian menurut Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (2 Jul).

Ini termasuk mempertingkat kejelasan pengumuman awam dan langkah kawalan orang ramai bagi stesen MRT yang terjejas dan di tempat menaiki bas penghubung, jelas Encik Chee dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan parlimen yang diutarakan oleh AP Lim Biow Chuan (PAP- Mountbatten) dan AP Alex Yam Ziming (PAP- Marsiling-Yew Tee).

Beberapa AP bertanya mengenai dapatan siasatan ke atas gangguan khidmat kereta api pada 3 Jun lalu dan sama ada Kementerian Pengangkutan sudah menyemak semula langkah-langkah komunikasi dan kawalan orang ramai yang diguna pakai oleh pengendali pengangkutan awam semasa insiden gangguan khidmat MRT.

Insiden gangguan khidmat tersebut, yang berlaku bulan lalu apabila panahan petir menjejas bahagian Laluan Utara-Selatan selama lebih dua jam semasa perjalanan waktu sibuk sebelah petang.
Gambar dan video daripada media sosial menunjukkan orang ramai terkandas di beberapa stesen yang terjejas, bertali arus untuk menaiki bas atau cuba mendapatkan teksi.

Dengan khidmat MRT antara stesen Choa Chu Kang dan Woodlands tergantung, khidmat bas biasa dan bas penghubung antara dua stesen itu disediakan dari kedua-dua arah.

Sebilangan penumpang bagimanapun mengadu bahawa jumlah bas yang dikerahkan tidak mencukupi.

Siasatan ke atas insiden gangguan khidmat tersebut masih dijalankan, jelas Encik Chee. Siasatan awal mendapati bahawa penangkis kilat gagal untuk berfungsi apabila berlakunya panahan petir itu pada 3 Jun lalu, menyebabkan kehilangan bekalan kuasa yang menganggu khidmat kereta api.

Penangkis kilat berfungsi untuk melindungi peralatan luar daripada lonjakan kuasa sementara, seperti daripada panahan petir.

"Berkemungkinan panahan petir yang lalu sudah menyebabkan penangkis kilat itu rosak dengan lebih cepat, memandangkan seksyen landasan tersebut antara Kranji dengan Marsiling terdedah kepada kilat," kata Encik Chee.

Pengendali itu sudah mematuhi proses penyenggaraan oleh syarikat pembuat penangkis kilat tersebut.

Penangkis kilat itu sudahpun digantikan dan "kami sedang bekerja dengan syarikat pembuat dan pengendali kereta api tersebut untuk menyemak semula berapa kerap penangkis kilat itu diselenggara," ujar Encik Chee.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan